Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Eina Azman Didakwa Potong Barisan Untuk Vaksin, Pengarah Hospital Beri Penjelasan

Semalam kecoh di laman sosial apabila seorang selebriti bersama pasangannya didakwa memotong barisan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

BACA: Didakwa Rentas Negeri Dan Potong Barisan, Eina Azman Padam Foto Papar Dirinya Sudah Divaksin Di Instagram

Advertisement

Perkara tersebut mula menjadi perdebatan apabila selebriti itu memuat naik dua keping gambar ketika mendapatkan suntikan dos pertama dipercayai di sebuah hospital di Ipoh. Walau bagaimanapun, gambar tersebut dipadam tidak lama kemudian.

Eina Azman potong barisan vaksin

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi hantaran di Facebook memberi maklum balas mengenai isu yang timbul. Berdasarkan semakan, kelayakan suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan rujukan doktor pakar yang telah merawat pasangan ini di atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka.

Kenyataan balas Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun

Maklum balas berkenaan dakwaan potong barisan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh oleh seorang artis tempatan dan pasangan.

Berdasarkan semakan, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka.

Tiada isu “potong barisan” dalam pemberian suntikan vaksin ini dan pasangan ini telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi.

Pasangan ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV, Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mei 2021. Kenyataan penuh Pengarah HRPB, Dr Abdul Malek Osman.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak itu lagi, tiada isu potong barisan dalam pemberian suntikan vaksin Covid-19. Pasangan ini telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 Comments

  1. Akak Ijou

    May 28, 2021 at 10:00 am

    Yg dpt vaksin sbb potong q, kurang cerdik sbb sume pun nak d heboh kat socmed… Yg tukang cover konon bela diri pun bg kenyataan rasmi siap letterhead bagai bg alasan pun kurang cerdik… Tuding jari kat specialist private clinic.. Yg penting sbnrnya gaiss – ada $$$ sume leh jd…

  2. Anonymous

    May 28, 2021 at 9:39 am

    mcm mana tau diorg ni potong q? bukan mmg ikut nasib ke? sorry i x berapa tau system ni macamana… sbb ada je my officemate 2-3 org dah dapat panggilan n dapat vaccin astrazeneca (bukan frontliners n bukan berisiko)… ke ni vaccin lain?

  3. susah nak husnuzon dah pada pengarah hospvyg keluarkan statement tu.

    May 27, 2021 at 10:17 pm

    is it referral from private hosp’s specialist? maybe eina boleh share lebih detail nama penyakit yg membuatkan eina termasuk dalam kategori berisiko memandangkan eina mmg suka share personal activities & life di media sosial. mak aku lebih 60 tahun, kencing manis & sakit buah pinggang pon x dapat appointment vaksin lagi. nak tau juga apa jenis penyakit eina sampai diutamakan dari golongan2 berisiko macam mak aku ni.

    • Anonymous

      May 28, 2021 at 10:32 pm

      Yes, sama! Ayah dah dpt vaccine sbb dia frontliner, and mak baru je dpt slot untuk vaccine bila bukak volunteer for AZ yg for those more than 60. She is also considered as a high risk individual. Same goes to one of my brothers, sbb dia ada asthma. Saya pun nk tahu ape la penyakit suami isteri ni? Saya tahu sgt, ramai sgt yg guna org2 dlm utk dptkan vaccine. For me, that is very salah. Those guna org2 dlm ni…diaorg ambik hak orang-orang yg perlu kan vaccine ni.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top