Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Didakwa Rentas Negeri Dan Potong Barisan, Eina Azman Padam Foto Papar Dirinya Sudah Divaksin Di Instagram

Eina Azman Vaksin

Semalam, kecoh di media sosial apabila ada netizen tampil mempersoalkan keberadaan Datin Paduka Eina Azman yang dilihat telah mendapatkan vaksin di sebuah hospital walaupun rakyat pada ketika ini masih mendapatkan slot tarikh vaksin AstraZeneca yang dibuka untuk orang awam.

Didakwa ‘kantoi’ memotong barisan dan merentas negeri untuk mendapatkan vaksin, Eina yang pada mulanya memuat naik hantaran panjang lebar mengenai dirinya dan suami sudahpun selamat divaksin dilihat telah memadam entri berikut.

Advertisement
Eina AzmanSumber : Twitter  
Eina AzmanSumber : Twitter  

Hasil tinjauan dan carian netizen, lokasi dia dan suami iaitu Datuk Paduka Kaiser mendapatkan vaksin jenis Pfizer itu ialah di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh di mana kawasan tersebut kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sekadar info, vaksin jenis Pfizer merupakan vaksin yang dibekalkan khas untuk para petugas barisan hadapan.

Komen EinaSumber : Twitter  
Komen Eina AzmanSumber : Twitter  
Komen EinaSumber : Twitter  

Oleh disebabkan itu, ramai netizen tampil mempersoalkan bagaimana Eina dan suami boleh mendapatkan vaksin jenis itu dan rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati kerana merasakan layanan tidak sama rata dalam perkara itu.

Apa-apa pun tunggu sahaja penjelasan Eina mengenai perkara tersebut kerana mungkin ada alasan dari pihak mereka berhubung dengan penerimaan vaksin Pfizer tersebut.

SUMBER : Hot FM
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. bijak sikit dr korang

    May 27, 2021 at 9:54 am

    Astac Zaneca dh start register vaksin bulan lepas lg. korang yg ketinggalan. org selangor/KL mmg dh di offer dulu. ada paham. tak caya cek twitter KJ. Kwn i bukan kayangan pun dh vaksin k sbb dia daftar bulan lepas. slot daftar tu pun buka 2 jam je. so sapa slow mmg x dpt. JGN NK KOMEN BENGAP SGT. SEMUA ARTIS SALAH NETIZEN JE YG BETUL

    • Anonymous

      May 27, 2021 at 5:13 pm

      u merepek ape, pasangan ni dpt PFIZER bukan AZ. Kami netizen mempertikai macam mana pasangan ni boleh jump Q

    • Umii

      June 12, 2021 at 9:43 pm

      Bodonya nk membekap pun bg paham citer dulu lah

  2. Nan Hadoooo

    May 27, 2021 at 9:19 am

    kalau lah engkorang netizen ni semua nak tau, vaksin pun ada ikut pangkat dan harta tau hahaha! pfizer yang mahal tu, ofkos untuk golongan bangsawan, tapi jugak special untuk barisan hadapan. kita ni rakyat marhaen, duit pun takda, harapkan i-sinar ni jangan mimpi lah nak dapat vaksin pfizer. ambik jela kau vaksin murah macam AZ tu. layak untuk marhaen tapiii kena tunggu lah. tak macam orang kaya banyak duit ni, hulur duit, taraaaaa dapat lah vaksin. sabo jelaa. malaysia ni banyak kasta. kasta berduit, hulur je semua dapat. kita ni harap i-sinar, tunggu lah mereput sampai keluar segala misai hahahaha!

  3. anon

    May 26, 2021 at 3:07 pm

    retis tak popular BODO sama geng dgn lopak

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top