Eina Azman Bakal Kahwini Datuk Paduka Gurmet Singh

Hiburan

Eina Azman Bakal Kahwini Datuk Paduka Gurmet Singh

Cinta sememangnya tidak mengenal usia, agama dan bangsa. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Eina Azman yang bakal mengakhiri zaman gadisnya dengan seorang jejaka bernama Datuk Paduka Gurmet Singh. Bakal suami Eina Azman ini berketurunan Sikh dan berusia 35 tahun. Untuk makluman, Eina Azman baru berusia 19 tahun. Perbezaan umur mereka sebanyak 16 tahun ternyata tidak menjadi penghalang percintaan suci ini.

eina dan datuk paduka gurmet singh

Advertisement

Kalau sebelum ini pernah dikaitkan dengan Afiq Muiz, kisah silam tersebut telah lama dilupakan oleh Eina Azman. Mengakui bukanlah cinta pandang pertama, kematangan, sikap tanggungjawab dan saling menasihati menyebabkan Eina jatuh cinta kepada Gurmet Singh. Kata Eina menerusi Harian Metro:-

Awal perkenalan kami biasa-biasa saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama. Perasaan sayang dan cinta hadir secara perlahan-lahan kerana Gurmet lelaki bertanggungjawab, matang dan suka menasihati saya. Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami.

Biarpun beza usia 15 tahun, kami berdua dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Insya-Allah kami bercadang untuk membina mahligai rumah tangga pada penghujung tahun ini tanpa adanya majlis pertunangan.

Keputusan untuk berkahwin bukanlah saya lakukan dalam keadaan tergesa-gesa, tetapi selepas berfikir de­ngan mendalam. Sejauh mana pun saya pergi dan setinggi mana pun kejayaan yang dikecapi, saya perlukan suami di sisi. Sama ada lambat atau cepat, saya akan berkahwin juga nanti.

Sekiranya rezeki saya dalam bidang lakonan masih ada, Gurmet tidak menghalang saya untuk meneruskannya. Saya pun sudah serik dihujani kontroversi dan semoga dengan perkahwinan itu nanti menjadikan hidup saya akan lebih aman dan tenteram.

Bagi memberi pemahaman Gurmet terhadap Islam, ibu saya ba­nyak memberi panduan kepada Gurmet.

eina dan gurmet

Tak sabar rasanya mahu melihat Eina Azman dan Datuk Paduka Gurmet Singh bersanding di atas pelamin hujung tahun ini. Semoga segala persiapan akan berjalan lancar. Tahniah diucapkan atas berita gembira ini. Semoga masjid yang akan dibina berkekalan sehingga ke hujung hayat. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Wajah tua kepada wajah idaman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...