April 18th, 2014

Syukur dan gembira Abang Nara membaca perkembangan terbaru Afiq Muiz. Setelah bergaduh besar dengan ibunya tahun lalu, kini Afiq Muiz telah insaf dan tinggal bersama ibunya seperti dahulu. Malah hubungan Afiq dengan Eina Azman juga telah tamat. Lega hati Abang Nara mendengarnya. Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
afiq muizAfiq Muiz juga telah memohon ampun kepada ibunya. Kata Afiq menerusi MalaysianDigest:-

Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan sekarang. Saya dah minta ampun pada Ummi saya dan dia pun dah ampunkan saya. Dia pun bersyukur kerana saya dah tinggal bersamanya semula. Sekarang ini saya mahu bersihkan nama saya. Sekarang saya tengah kumpul duit nak bawa ibu saya pergi umrah. Insya Allah rancang nak pergi bersamanya pada Januari tahun depan.

Saya dengan Eina tiada apa-apa hubungan lagi. Kami pun sudah lama tak berjumpa kerana masing-masing sibuk. Dia pun sudah ada kekasih. Tolong jangan kaitkan lagi saya dengan dia. Dia dah tak ada dalam fikiran saya. Teman wanita saya sekarang adalah Ummi saya

afiq

Malah Afiq juga sempat memberi pesanan kepada masyarakat di luar sana yang bergaduh dengan ibu mereka supaya segera memohon maaf. Baguslah Afiq dapat kesedaran itu selepas semua kontroversi yang dilalui. Kata Afiq:-

Saya ada pesanan untuk orang diluar sana terutama yang bergadu atau berselisi faham dengan ibu mereka, balik minta maaf. Semua orang tak sempurna. Saya bersyukur kerana Allah berikan saya ujian ini. Banyak hikmahnya dan buat saya kini jadi lebih matang. Banyak yang saya belajar daripada kesilapan lalu. Sewaktu saya susah dulu saya sudah tahu siapa kawan dan siapa lawan

Insya Allah dengan terjalinnya kembali hubungan antara Afiq dan ibu, hidup Afiq akan lebih diberkati dan dirahmati. Sesungguhnya doa seorang ibu itu sangat mustajab. Semoga hubungan baik Afiq dan ibunya tidak akan diganggu gugat lagi. Selepas ini bolehlah fokus untuk menaikkan kembali nama dalam industri hiburan seperti yang pernah dikecapi dahulu. Semoga berjaya!!!

P.S: 2015 Audi RS7 edisi dinamik. Memang mengancam


Comments are closed.

Loading...