e-Bazar Tidak Dibenarkan Beroperasi Untuk Ramadhan Tahun Ini

COVID-19

e-Bazar Tidak Dibenarkan Beroperasi Untuk Ramadhan Tahun Ini

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini telah memasuki fasa ketiga yang akan berakhir pada 28 April 2020.

kredit carsifu

Siapa tahu, ia mungkin dilanjutkan jika masih ada lagi rakyat Malaysia yang masih mengingkari PKP…

Kredit – Hendrik Sulaiman

Pastinya ramai yang masih menaruh harapan untuk merasai juadah yang dijual di e-bazar. Tidak kira kaum atau agama, pastinya semua menunggu ketibaan Ramadhan.

bazar ramadhan

kredit Hendrik Sulaiman

Malangnya, e-Bazar juga akan dibatalkan pada tahun ini, berkuatkuasa serta-merta.

Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan pada 8 April lalu telah mengumumkan pelaksanaan tiga konsep gantian bazar Ramadan iaitu pandu lalu, tempah dan ambil (packed and picked) dan penghantaran menggunakan kaedah e-Hailing.

Advertisement

Para peniaga telah menyambut baik tentang perkara ini, malah ada yang telah memulakan operasi mereka di Facebook.

4 years ago

Peniaga E-Bazar Ramadan, Sudah Mulakan Operasi Mereka Di Facebook

poster e-bazar ramadhan kementerian wilayah persekutuan

Namun hasil dari mesyuarat yang diadakan semalam, pihak kerajaan telah memutuskan bahawa e-Bazar tidak dibenarkan perlaksanaannya sepanjang Ramadhan ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan,” 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ya Allah, cuba bayangkan kalau dia buka e-bazar pun, bukannya ada beza. Confirm traffic jam, social-distancing confirm tak menjadi. Back to square-one. – Netizen

I would love to have some bazar food, but I think better kita cancel je semua terus. Tak berbaloi guys. Cuba bayangkan usaha KKM semua hancur kalau korang berkumpul ramai-ramai nak ambik makanan dekat e-bazar – Netizen

Pastinya ramai yang kecewa dengan keputusan ini, tetapi ramai juga yang bersetuju dengan keputusan yang dibuat. Tahun depan masih ada lagi, Insyallah.

Buat masa sekarang, pastikan anda sentiasa patuh pada PKP. Kalau tiada urusan, sila #dudukrumah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...