Peniaga E-Bazar Ramadan, Sudah Mulakan Operasi Mereka Di Facebook

COVID-19

Peniaga E-Bazar Ramadan, Sudah Mulakan Operasi  Mereka Di Facebook

Umum mengetahui bahawa kita makin hampir dengan bulan ramadan yang mulia. Tetapi sedihnya pada tahun ini, banyak perkara kebiasaan yang dilakukan oleh kita di bulan Ramadan terpaksa dibatalkan ekoran masalah wabak COVID-19 yang dihadapi ketika ini.

Kini kami bawakan satu berita gembira kepada anda semua bahawa, bazar Ramadan yang sering dinantikan oleh kita setiap tahun, sudah mula beroperasi!

Advertisement

Tetapi berbeza pada tahun ini, bazar-bazar ini hanya akan beroperasi secara atas talian atau online di Facebook sahaja.

Gambar Hiasan

Untuk pengetahuan anda inisiatif ini telah dibangunkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) yang bertujuan untuk membantu peniaga yang terjejas ekoran keputusan pembatalan bazar Ramadan pada tahun ini.

Walaupun menggunakan kaedah yang berbeza dari tahun sebelumnya, namun kaedah penjualan atas talian ini tetap disambut dengan baik oleh masyarakat di negara kita, terutama golongan peniaga.

Ada diantara mereka yang sudah pun mewujudkan akaun kumpulan sendiri di Facebook bagi menjayakan pelaksanaan e-bazar Ramadan tahun ini.

Kini Lebih 10 kawasan khususnya di Lembah Klang dan Selangor telah mengambil langkah proaktif ini dan sudah mula mempromosikan jualan mereka khusunya jualan makanan.

  1. BAZAAR RAMADHAN ONLINE GOMBAK
  2. Shah Alam Bazaar Ramadhan Online 2020
  3. Bazaar Ramadhan Online Sungai Buloh
  4. Bazar Ramadan Saujana Utama
  5. BAZAR RAMADHAN ALAM MEGAH
  6. Bazar Ramadan Putra Heights OFFICIAL
  7. BAZAR RAMADHAN PANTAI DALAM
  8. BAZAR RAMADHAN ONLINE AMPANG 68000
  9. BAZAAR RAMADHAN ONLINE WANGSA MAJU
  10. BAZAR RAMADHAN OTK PUCHONG PRIMA
  11. BAZAR RAMADHAN BANDAR PUTERI PUCHONG
  12. BAZAR RAMADHAN PUTRA PERDANA PUCHONG
  13. BAZAR RAMADHAN KINRARA BK
  14. BAZAR RAMADHAN KELANA JAYA

Dengan wujudnya bazar-bazar Ramadan di atas talian ini, anda tidak perlu bimbang lagi untuk mendapatkan juadah berbuka pada tahun ini kerana makanan yang dijual adalah sinonim dengan menu bazar Ramadan sebelum ini.

Terdapat ramai juga penjual yang sudah mula beroperasi pada masa sekarang (Perintah Kawalan Pergerakan).

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...