Dynas Mokhtar Tangguh Penceraian Kerana Terikat Dengan Kontrak?

Hiburan

Dynas Mokhtar Tangguh Penceraian Kerana Terikat Dengan Kontrak?

Status perkahwinan Dynas Mokhtar dan suaminya sehingga ke hari ini masih menjadi teka-teki. Walaupun sudah tampil menafikan penceraian berlaku antara mereka, desas-desus keretakan rumah tangga mereka masih bertiup kencang. Menariknya menerusi Harian Metro semalam di ruangan Cik Pang, ada sumber memaklumkan yang penceraian Dynas dan suami ditangguhkan kerana kontrak Dynas dengan sebagai duta produk kelengkapan peribadi. Hmmmm.

dynas cerai

Advertisement

Dikatakan syarikat tersebut telah memilih Dynas sebagai duta produk mereka kerana status Dynas sebagai seorang isteri dan ibu. Oleh itu sangat penting untuk Dynas mengekalkan imej dan gaya hidup keluarga bahagia. Sekiranya penceraian berlaku, sudah pasti ia akan menjejaskan imej syarikat tersebut sekaligus membuatkan Dynas dan suami sepakat untuk menyelesaikan masalah antara mereka selepas kontrak tersebut tamat. Demi mengelakkan kontrak itu ditarikbalik, terpaksalah Dynas dan suami merahsiakan apa jua yang berlaku daripada pengetahuan umum.

dynas cerai

Hmmmmm. Nampak agak pelik tetapi mungkin juga ada kebenarannya. Abang Nara harap ada hikmah di sebalik kontrak ini sekiranya memang benar rumahtangga Dynas dan suami sedang retak menanti belah. Mana tahu penangguhan ini akan membangkitkan kembali kemesraan dan kebahagiaan yang pernah dikecapi satu ketika dahulu. Semoga ia akan menjadi langkah pertama untuk mereka berbaik semula demi masa depan anak-anak. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Gambar berkabung rakyat Malaysia untuk MH17

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...