Khabar angin penceraian antara Dynas Mokhtar dan suaminya, Hafizy Hafiz telah lama bertiup kencang. Setelah sekian lama tidak memberikan respon mengenai perkara ini dan mengambil langkah berdiam diri, hari ini menerusi Berita Harian, pasangan suami isteri ini tampil menafikan gosip tersebut.
Hafizy Hafiz, 43 tahun menyifatkan gosip tersebut sebagai mengarut. Katanya:-
Gosip penceraian itu memang cerita mengarut. Tiada apa yang perlu saya katakan lagi.
Sementara itu Dynas menerusi Kosmo memaklumkan yang hubungannya dengan suami masih baik. Kata Dynas:-
Saya enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana hal ini melibatkan seluruh keluarga besar kami. Bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan di sini ialah hubungan saya dan dia masih lagi dalam keadaan baik. Kami juga masih lagi berhubung antara satu sama lain.
Tiada siapa yang mahukan penceraian dalam perkahwinan mereka. Marilah kita doakan agar hubungan suami isteri antara Dynas dan suaminya berkekalan sehingga ke akhir hayat. Rugi pula sekiranya berakhir dengan perpisahan lebih-lebih lagi dengan cahaya mata yang terhasil daripada perkahwinan itu. Tak gitu?
P.S: Toyota Camry 2015 serba baharu. Memang mengancam