“Dunia Nak Kiamat Dah” – Harga Rumah Terlalu Mahal, Netizen Setuju Lebih Baik Sewa Daripada Tambah Hutang

Gaya Hidup

“Dunia Nak Kiamat Dah” – Harga Rumah Terlalu Mahal, Netizen Setuju Lebih Baik Sewa Daripada Tambah Hutang

Setiap individu pastinya mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri terutamanya golongan muda masa kini.

Namun, melihatkan faktor ekonomi yang merosot saban tahun, harga aset seperti rumah juga semakin melonjak tinggi dan membuatkan mereka yang berhasrat untuk memiliki kediaman sendiri berfikir dua tiga kali sebelum menambah komitmen.

Advertisement

Malah di media sosial, ada individu yang bekerja di firma perbankan dan guaman tampil menasihatkan agar orang ramai untuk tidak membeli sebarang rumah dalam tempoh terdekat.

Ini ditambah lagi dengan pengumuman Bank Negara mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekitar awal bulan lalu.

Di media sosial pula, ada netizen berkongsi pandangan mereka tentang membeli rumah untuk dijadikan aset jangka panjang.

I tengok kat TikTok, dia cakap tunang dia kerja kat law firm dan uruskan client beli rumah. Tapi bila dia nak beli rumah, tunang dia cakap tak payah. Dunia nak kiamat dah, sewa saja.

Menjengah ke ruangan komen, ramai merasakan ia sebuah jenaka namun jika difikirkan, ayat tersebut mungkin boleh dipandang dari sudut berbeza sebelum membeli aset yang terlihat mahal pada ketika ini.

TwitterSumber : Twitter  

Kata netizen, generasi masa kini dan ke hadapan sepatutnya tidak perlu dibebankan dengan hutang perumahan.

Melainkan beli tunai atau menyewa..seram tengok orang beli rumah, dia punya statement bulanan 30 hingga 35 tahun. Tempoh 10 tahun pertama rupanya bayar bunga sahaja.

Malah, ada individu yang bekerja di sektor pembinaan merasakan bahawa lebih baik menyewa sahaja daripada ‘terikat’ dengan ‘loan’ selama berpuluh tahun hanya kerana ingin memiliki aset sendiri.

“Saya pun daripada legal firm juga. Ramai orang muda beli rumah dan ramai juga orang muda yang bankrap sebab rumah” ujar seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cikgu pengsan
2 years ago

"Ada Yang Pengsan" - Anak Cikgu Kongsi 'Sengsara' Ibu Di Sekolah, Dakwa Terlalu Banyak Kerja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...