“Dunia Industri Hollywod Kejam..” Kerana Faktor Usia, Nicole Kidman Bukan Lagi Pilihan Utama Pengarah

Hiburan

“Dunia Industri Hollywod Kejam..” Kerana Faktor Usia, Nicole Kidman Bukan Lagi Pilihan Utama Pengarah

Kini sudah semakin berusia, pelakon popular di Hollywood, Nicole Kidman mendedahkan dirinya kini tidak lagi menjadi pilihan utama syarikat produksi untuk berlakon di dalam filem.

Menurut Kidman, selepas umurnya mencecah 40 tahun, beliau banyak kehilangan tawaran berlakon dan menyifatkan kariernya sebagai pelakon kini sudah semakin merundum.

Advertisement

Jikalau dahulu wanita tersebut digelar sebagai ‘ratu filem’, namun kini Kidman hanyalah seseorang hayatnya didalam dunia Hollywood sudah tidak lama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nicole Kidman (@nicolekidman)

Saya pernah ditolak beberapa penerbit filem dan stesen televisyen kerana faktor usia. Dunia industri hiburan Hollywood sebenarnya sangat kejam.

Walau bagaimanapun, beliau baru-baru ini diberi peluang untuk memegang watak di dalam filem terbaharu berjudul Being the Ricardos dan jalan cerita filem tersebut berkisah seorang wanita yang dianggap ‘tidak laku’ untuk berkarya kerana umurnya sudah cecah 39 tahun.

Menceritakan kisah disebalik Kidman menerima untuk berlakon dalam filem itu, dia memberitahu hampir saja dirinya menolak tawaran terbabit kerana ada yang mempertikaikan kemampuannya untuk menjayakan watak dalam filem itu.

Nicole KidmanSumber : Google 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Neelofa
2 years ago

“Sudah Hujung-Hujung” - Neelofa Buat Persediaan Bersalin, Jalani Sesi Fisioterapi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...