Kini sudah semakin berusia, pelakon popular di Hollywood, Nicole Kidman mendedahkan dirinya kini tidak lagi menjadi pilihan utama syarikat produksi untuk berlakon di dalam filem.
Menurut Kidman, selepas umurnya mencecah 40 tahun, beliau banyak kehilangan tawaran berlakon dan menyifatkan kariernya sebagai pelakon kini sudah semakin merundum.
Jikalau dahulu wanita tersebut digelar sebagai ‘ratu filem’, namun kini Kidman hanyalah seseorang hayatnya didalam dunia Hollywood sudah tidak lama.
View this post on Instagram
Saya pernah ditolak beberapa penerbit filem dan stesen televisyen kerana faktor usia. Dunia industri hiburan Hollywood sebenarnya sangat kejam.
Walau bagaimanapun, beliau baru-baru ini diberi peluang untuk memegang watak di dalam filem terbaharu berjudul Being the Ricardos dan jalan cerita filem tersebut berkisah seorang wanita yang dianggap ‘tidak laku’ untuk berkarya kerana umurnya sudah cecah 39 tahun.
Menceritakan kisah disebalik Kidman menerima untuk berlakon dalam filem itu, dia memberitahu hampir saja dirinya menolak tawaran terbabit kerana ada yang mempertikaikan kemampuannya untuk menjayakan watak dalam filem itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.