Dulu Viral Sebab Skim Rumah RM10, Sekarang Mengaku Pengarah Kewangan KDN Pula. Siapa Dia Ni?

Kehidupan

Dulu Viral Sebab Skim Rumah RM10, Sekarang Mengaku Pengarah Kewangan KDN Pula. Siapa Dia Ni?

Sebelum ini, kecoh mengenai skim perumahan ‘Rumahku Syurgaku’ dimana 3000 unit rumah kononnya dijual dengan harga serendah RM10 dan hal itu telah mengundang tanda tanya kerana harga yang tidak masuk akal.

Dato’ Sri Nur Atiqah Baba iaitu wanita disebalik skim perumahan ini menerima pelbagai kecaman daripada para netizen dan ramai mengatanya ianya scam.

Advertisement

Setelah reda dengan isu terbabit, bangkit semula isu lain apabila wanita terbabit mengakui bahawa dirinya terima satu jawatan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai Director of Finance atau Pengarah Kewangan KDN.

Pengakuan tersebut telah dikongsikan di laman Facebook dan ia memaparkan Nur Atiqah berasa tergamam ketika menerima jawatan yang ditawarkan dan menerima jawatan itu.

Bagaimanapun difahamkan, pihak polis menerima laporan daripada Setiausaha Bahagian Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mendakwa wanita terbabit menyamar sebagai penjawat awam sekadar tujuan untuk menipu di platform media sosial.

Rakaman video itu juga mengandungi tangkap layar laman web KDN yang diubahsuai.

Dalam pada itu, pengadu turut membuat laporan di Pejabat Polis Daerah Putrajaya untuk menafikan KDN melantik mana-mana individu kerana tidak pernah wujud.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

noraniza idris skim perumahan duta nafi
2 years ago

“Saya Pun Mangsa Keadaan” - Tak Pernah 'Sign Agreement', Noraniza Idris Nafi Jadi Duta Skim Perumahan Kontroversi RM10

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...