“Dulu Simpanan Dalam Bank Tak Sampai RM1,000” – Hasil Jual Kasut, Lelaki 26 Tahun Mampu Beli Tanah & Bina Banglo

Kehidupan

“Dulu Simpanan Dalam Bank Tak Sampai RM1,000” – Hasil Jual Kasut, Lelaki 26 Tahun Mampu Beli Tanah & Bina Banglo

Setiap pasangan yang berkahwin sama ada baru mahu pun lama pastinya akan menghadapi dugaan dalam kehidupan berumah tangga.

Namun, itu adalah asam garam perkahwinan dan merupakan satu ujian yang menentukan betapa setianya setiap pasangan dalam perhubungan.

Advertisement

Berkahwin pada usia muda, Amirul Apeez, 26, berkongsi merasai pengalaman hidup serba kekurangan selepas disatukan dengan isteri pada tahun 2019.

Memetik laporan mStar, lelaki yang lebih mesra disapa Apeez memberitahu pada dua bulan pertama perkahwinan, dia tinggal bersama keluarganya dan mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah sewa untuk menjadi lebih berdikari.

Menurutnya, semasa mula berpindah ke rumah sewa yang terletak di Ijok, Kuala Selangor, keadaan rumah tersebut sangat serba kekurangan sehinggakan peti ais pun diambil dari bapanya untuk diletakkan di rumah.

Peti ais pun ambil yang dah uzur dekat rumah ayah sebab mereka dah tak pakai…

@amirul.apeez

macam2 perkara manis di rumah lama ini? “saksi rumah ini lah naik jatuh bangun saya” #fyp #foryoupage #fyp??viral

? Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Selain itu, Apeez juga menyatakan bahawa ketika itu duit simpanan di dalam bank sangat sedikit dan terpaksa bekerja lebih keras bagi menyara keluarga.

Bergelar suami di usia 23 tahun, Apeez menjual kasut secara online dan mengambil masa lebih setahun bagi memastikan kewangan rumah tangganya lebih stabil.

Melakukan pelbagai pekerjaan sebelum berkahwin, Apeez yang dahulunya pernah menjual barang-barang preloved kepunyaannya dan berniaga kedai makan mengakui dulu simpanan dalam bank miliknya tidak melebihi RM1,000.

Tambahnya lagi, dia turut menjadi mangsa dikhianati oleh orang yang iri hati dengan kejayaannya. Namun perkara itu bukanlah alasan bagi Apeez untuk mengalah dan meneruskan perniagaannya demi membahagiakan keluarga.

Dalam perkongsian TikTok miliknya, Apeez berkongsi kejayaan membeli sebuah rumah dan kereta idamannya hasil tidak berputus asa dan rata-rata netizen terinspirasi dengan perjalanan hidup lelaki berkenaan.

2 years ago

"Tempat Berniaga Tu Tak Kena"- Ustazah 'Promote' Suplemen Minda Depan Kaabah Ditegur Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...