“Dulu RM800 Satu Episod, Kenapa Turun RM250? Jangan ‘Perdajal’ Rezeki Orang!” – Fauziah Nawi

Hiburan

“Dulu RM800 Satu Episod, Kenapa Turun RM250? Jangan ‘Perdajal’ Rezeki Orang!” – Fauziah Nawi

Pelakon veteran popular, Fauziah Nawi meluahkan rasa kecewanya terhadap situasi pahit yang ditelan sesetengah penggiat seni tanah air berkenaan dengan penerimaan bayaran yang tidak masuk akal.

Fauziah Nawi
3 years ago

Dianggap Gelap Mata Hal Bayaran, Fauziah Nawi Akui Terkilan

Advertisement

Menurut Fauziah, dia berasa berang dengan tindakan yang tidak berperikemanusian sebuah rumah produksi drama yang enggan didedahkan olehnya kerana hanya menawarkan bayaran RM250 untuk sebuah episod projek drama dan beliau merasakan ianya sangat tidak logik.

Zaman saya dahulu sekitar, 1980-an, sebuah episod boleh dapat bayaran RM800 kenapa sekarang turun sampai RM250? Jangan ‘perdajal’ rezeki orang seni sampai tahap begini!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)

Dramatis yang juga aktivitis teater itu turut mempersoalkan tindakan kebanyakan produksi yang memilih kasih, dedahnya, mereka hanya mahu menabur wang kepada pemengaruh media sosial yang tidak sepatutnya berlaku.

“Kalau ‘instafamous’, mereka bersungguh-sungguh bayar sampai RM3000 hingga RM5000 satu episod. Orang yang ada ilmu seni dianiayai sampai bayaran tak masuk akal (RM250 satu episod).

Fauziah Nawi

Tambah pelakon yang cukup terkenal dengan lakonannya di drama Pondok Buruk itu berkata dia tidak kisah seandainya kelantangan dia menyuarakan hal ini menyebabkan produksi drama tidak berani mengambilnya lagi.

Janganlah sampai macam tu sekali..

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...