Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dianggap Gelap Mata Hal Bayaran, Fauziah Nawi Akui Terkilan

Fauziah Nawi

Pelakon senior Fauziah Nawi mengakui insiden bersama pelako Tya Ariffin baru-baru ini menjadi titik tolak untuk dirinya lebih berhati-hati sebelum bersetuju untuk menerima sebarang tawaran lakonan pada masa akan datang.

Seniwati itu turut memberikan pesana kepada mana-mana syarikat penerbitan agar lebih telus memperincikan soal-soal hitam putih bagi sesuatu projek bagi mengelakkan daripada timbul salah faham.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Ujarnya lagi, dia tidak pernah berkira untuk berlakon dalam mana-mana syarikat walaupun hanya membabitkan pelajar Universiiti.

Yang menjadi isunya apabila kemunculan dalam sesebuah naskah mempunyai bayaran berbeza dan lain daripada yang lain.

View this post on Instagram

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

“Cuma kemunculan dalam projek pelajar dengan drama apatah lagi pembabitan untuk produk komersial tentulah ada kadar bayaran berbeza. Takkan untuk iklan harganya sama. Kalau tanya pelakon lain pun mereka akan beri kadar berbeza. Pihak yang mengajukan tawaran kena maklumkan perkara sebenar, bukan berkias-kias menerusi telefon selain cakap kepada pengurus saya mereka orang baharu..”

Disebabkan oleh itu, Fauziah kini ingin meminta kontrak terlebih dahulu kerana enggan timbul soalan bayaran sehinggakan ada yang mengatakan dirinya ‘gelap mata’ sedangkan pada hakikatnya mereka tidak maklumkan projek berkenaan untuk tujuan komersial.

Tegas Fauziah yang selesa disapa sebagai Ibu itu lagi, dia merasa sedih apabila ada yang memakinya gara-gara video yang dimuat naik seolah-olah menunjukkan dia terlalu mementingkan wang ringgit.

View this post on Instagram

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

“Memang saya tak tahu Tya siapa. Bukan saya nak tarik diri kerana tak kenal dia pun, saya ada alasan lain. Tetapi bahagian itu ditunjuk dalam video terawal yang ditularkan hingga timbul fitnah. Saya kena reda. Saya tak berdendam namun akan sentiasa beringat. Saya dah Tya pun sudah bermaafan di lokasi penggambaran tempoh hari. Dia budak baik.”

Ujar seniwati ini lagi, dia ikhlas berlakon kerana ingin menyara anak cucu yang kehilangan bapa dan hanya bersabar apabila menghadapi situasi seperi ini.

View this post on Instagram

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)

Terdahulu, sebuah video belakang tabir sebelum penggambaran drama pendek terbitan syarikat Mutyarabeauty milik pelakon asal Indonesia, Tya Ariffin menjadi tular di mana ia menunjukkan perbincang hangat Fauziah dan isteri kepada anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.

Tyra juga kemudiannya telah memohon maaf dan memaklumkan bahawa salah faham itu berpunca daripada bayaran yang dipersetujui sejak awal namun dipersoalkan kembali oleh pelakon senior terbabit.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. anonymous

    May 3, 2021 at 2:56 pm

    kesian mak nak kena perlekeh dgn minah indon sabar ye mak sib baik mak ni jenis educated hati2 mak nex time

  2. besaq

    May 3, 2021 at 1:08 pm

    omaigod. kalau dia demand harga mahai pun biaq p kat dia. dia primadona dh kot kat malaysia ni. ingat insetanfamos ka? kalau hollywood mahai dh diknon org2 senior ni.

  3. tecit

    May 3, 2021 at 9:31 am

    nampak sgt syarikat tu yg bermasalah. depa syarikat baru. xtau prosedur yg selalu syarikat produksi pakai. pasal fauziah nawi tu dah lame kot dlm industri. nampak sgt syarikat tu yg berselindung xtelus. klu fauziah nawi tau tu utk iklan mestilah die akan quote harga iklan. xkan xfaham2. yg tya pon xreti ke nk tanye sendiri. dah hebat sgt ke diri tu semua serah kt staff yg buat xtelus. eh sabaaa jelah. ko tu muda. ko kene hormat yg tua. ko yg kene dtg dlu tnye sendiri. eiyyy geram betol. adab pon nk kene ajar. at least ko call ke sekali sbb yg belakon tu pon cume korg dua je ape yg susah sgt. sorg je kot yg kene call pon. ko exlain elok2, sy ni menantu tokti.. apelaa susah sgt.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top