“Dulu Pelayan Hotel, Kini Pelakon Terbaik..” Pak Nil Puji Kejayaan Remy Ishak Dalam Bidang Seni Sehingga Kini

Hiburan

“Dulu Pelayan Hotel, Kini Pelakon Terbaik..” Pak Nil Puji Kejayaan Remy Ishak Dalam Bidang Seni Sehingga Kini

Pengacara dan personaliti TV terkenal, Datuk Aznil Nawawi  menerusi sebuah hantaran di laman Facebook miliknya ada mengucapkan tahniah kepada pelakon Remy Ishak di atas kejayaannya meraih anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31), malam semalam.

Aznil juga sempat bercerita mengenai momen pertemuannya bersama Remy ketika aktor itu masih lagi bekerja sebagai seorang pelayan di Hotel Mandarin Oriental pada suatu ketika dahulu.

Advertisement

 

Tulis Aznil, Remy pernah datang berjumpa dengannya ketika dan memberitahu bahawa dia bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon.

Dia (Remy) pernah datang dekat paknil (panggilannya) masa jadi pelayan di Mandarin Oriental. Remy beritahu dia nak jadi pelakon! Sekarang dia adalah seniman terbaik!

Tambahnya, kisah Remy itu akan tetap diceritakan agar dapat menjadi contoh kepada pelakon lain supaya tidak berhenti menyimpan azam untuk menjadi pelakon terbaik.

Sementara itu, Remy kemudiannya ada membuat sebuah video penghargaan di atas ucapan Aznil dan turut berterima kasih kerana bekas pengacara rancangan Melodi telah banyak memberi nasihat dan kata-kata semangat buat dirinya.

“Paknil tahu macam mana perjalanan seni saya. Alhamdullilah semalam apabila saya diiktiraf oleh FFM dengan diberi penghargaan. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang Paknil beri saya selama ini.” ucap Remy.

Sekadar info, Remy sebelum ini telah tercalon sebanyak tiga kali dalam kategori yang sama sepanjang penganjuran FFM dan edisi kali ini adalah merupakan kemenangan pertamanya sepanjang 15 tahun dia berkecimpung dalam dunia seni lakonan tempatan.

Remy Ishak
2 years ago

Penantian 15 Tahun Berhasil, Remy Ishak Julang Trofi FFM 31

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...