Penantian 15 Tahun Berhasil, Remy Ishak Julang Trofi FFM 31

Hiburan

Penantian 15 Tahun Berhasil, Remy Ishak Julang Trofi FFM 31

Pelakon, Remy Ishak mengakui penantiannya selama 15 tahun berakhir apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM 31.

Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei bin Ishak berkata, dia pernah tercalon dalam anugerah FFM sebanyak tiga kali namun rezeki tidak berpihak padanya.

Advertisement

Menurut Remy, 39, bukan mudah untuk mendapat anugerah itu. Ini adalah pencalonan keempat dan akhirnya dia membawa pulang trofi anugerah berprestij itu.

Memang saya tak jangka langsung dan sampai sekarang ini pun masih menggeletar.

Tambah Remy, dia tidak menjangkakan kemenangan pada edisi kali ini kerana saigan yang sengit.

Anugerah ini bagi saya sangat istimewa  kerana memang saya menantikannya… Anugerah-anugerah lain saya dah pernah dapat.

Terdahulu, Remy pernah tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik pada FFM 23 menerusi filem Evolusi KL Drift 2.

Seterusnya, Remy turut tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM 24 menerusi filem Nur Kasih The Movie.

Kemudian, kali terakhir Remy tercalon dalam kategori Pelakon Lelaku Terbaik pada FFM 30 menerusi filem Pulang.

Remy Ishak
12 bulan lalu

Remy Ishak Akui Lebih Relaks & Terbuka Sejak Mendirikan Rumah Tangga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...