Dulu Menyewa Sekali, Lelaki Rohingya Tikam Rakan Senegara Sebab Cemburu – “Ada ‘Affair’ Dengan Isteri”

Kehidupan

Dulu Menyewa Sekali, Lelaki Rohingya Tikam Rakan Senegara Sebab Cemburu – “Ada ‘Affair’ Dengan Isteri”

Seorang lelaki Rohingya berusia 44 tahun ditemui mati di sebuah kediaman di Kampung Melor Lama, Kota Bharu, Kelantan dengan kesan tikaman di bahagian dada.

Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun, mangsa ditikam sebanyak 40 kali oleh rakan senegaranya berusia 32 tahun dalam kejadian 9.30 malam pada 17 Oktober.

Advertisement

polis

Hasil siasatan pihak polis mendapati motif suspek adalah kerana cemburu dipercayai kerana mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Sebelum kejadian, mangsa pergi ke rumah suspek sebelum berlaku pergaduhan. Suspek mengambil sebilah pisau di dalam rumah yang disewanya. Disebabkan itu, suspek menikam mangsa sehingga lelaki itu maut.

Tambahnya, isteri suspek berusia 29 tahun juga turut berada di dalam rumah itu ketika kejadiantersebut berlaku dan kedua-dua mereka telah ditahan pihak polis.

mayat

Turut dirampas, sebilah pisau pemotong sayur dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, suspek dan mangsa pernah tinggal bersama di sebuah rumah sewa namun kini masing-masing tinggal berasingan bersama isteri.

kes tikam 13 kali
1 year ago

Cemburu Ada 'Boyfriend' Baru, Lelaki 51 Tahun Tikam Bekas Isteri 13 Kali Sebelum Tikam Diri Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...