Cemburu Ada ‘Boyfriend’ Baru, Lelaki 51 Tahun Tikam Bekas Isteri 13 Kali Sebelum Tikam Diri Sendiri

Kehidupan

Cemburu Ada ‘Boyfriend’ Baru, Lelaki 51 Tahun Tikam Bekas Isteri 13 Kali Sebelum Tikam Diri Sendiri

Seorang wanita dijumpai maut dengan 13 kesan tikaman di sebuah rumah sewa di Taman Desa Darul Naim, Kubang Kerian, semalam.

Menurut polis, tragedi itu berlaku pada jam 3.30 pagi dan mangsa yang merupakan peniaga air balang, Rokiah Ayub, 42, meninggal dunia di tempat kejadian.

Advertisement

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa adalah ibu tunggal dan mempunyai tiga orang anak berusia 14 hingga 24 tahun.

ditikam bekas suami

Sementara itu, suspek kes pembunuhan ini adalah bekas suami mangsa yang dilaporkan turut parah selepas menikam dirinya sendiri di bahagian perut.

Siasatan awal polis mendapati suspek berusia 51 tahun itu dipercayai cemburu dengan mangsa yang dikatakan sudah mempunyai teman lelaki.

Dia dikatakan meminta mangsa kembali bersamanya selepas enam tahun berpisah namun permintaan itu ditolak oleh mangsa.

Ketika kejadian, mangsa berada bersama suspek dalam bilik tidur sebelum seorang saksi mendakwa terdengar jeritan wanita berkenaan.

lokasi jenayah

Tambah saksi yang melihat kejadan berkata, selepas terdengar jeritan itu mangsa keluar dari bilik dalam keadaan berlumuran darah dan rebah di ruang tamu.

Jelas Muhamad Zaki, terdapat lima orang saksi lain di dalam rumah teres satu tingkat di kawasan perumahan itu.

Difahamkan, suspek memang selalu dilihat datang ke rumah sewa didiami mangsa pada hari minggu.

Sebilah pisau pemotong sayur yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa telah dirampas oleh pihak polis dan suspek akan direman namun kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

11 months ago

Wanita Ditikam Bekas Kekasih, Keluarga Rupanya Ada Buat Laporan Polis Sehari Sebelum Kejadian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...