Wanita Ditikam Bekas Kekasih, Keluarga Rupanya Ada Buat Laporan Polis Sehari Sebelum Kejadian

Trending

Wanita Ditikam Bekas Kekasih, Keluarga Rupanya Ada Buat Laporan Polis Sehari Sebelum Kejadian

Sebelum ini, seorang wanita yang merupakan pembantu kedai di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Haji Saman, Kota Kinabalu, Sabah dilaporkan meninggal dunia selepas ditikam oleh bekas kekasihnya.

Mangsa yang dikenali sebagai Nurul Ain itu ditikam sebanyak lapan kali oleh bekas kekasihnya, Chung King Fung gara-gara tidak berpuas hati hubungan mereka diputuskan.

Advertisement

Menurut laporan The Borneo Post, keluarga mengsa meluahkan rasa kecewa terhadap pihak polis kerana mendakwa mereka telah membuat laporan polis sehari sebelum kejadian tersebut berlaku.

bunuh

Ibu mangsa, Datuk Siti Aminah binti Jabar Khan berkata, mereka telah membuat laporan polis di balai polis Alam Mesra kira-kira pukul 2pm pada 28 May iaitu sehari sebelum anak perempuan mereka dibunuh.

Menurutnya lagi, mereka telah membuat laporan polis kerana bekas kekasih anak perempuannya itu tidak berpuas hati dengannya dan mula mengganggunya.

Bukan itu sahaja, Siti Aminah yang merupakan ahli majlis tertinggi Warisan itu berkata lelaki berkenaan turut mengugut anak perempuannya.

Saya akan pastikan awak tak akan bahagia lagi. Saya tak kisah kalau saya ditangkap polis dan digantung sampai mati.

bunuh

Bagaimanapun, ibu mangsa mendakwa selepas mereka membuat laporan, polis tidak mengambil sebarang tindakan sehingga kematian anak perempuan mereka berlaku pada keesokan harinya.

Polis sepatutnya jalankan siasatan dalam tempoh 24 jam lepas laporan dibuat, atau sekurang-kurangnya bagi kami nasihat berguna untuk mengelakkan kejadian itu berlaku.

Dalam pada itu, Siti Aminah meluahkan rasa kecewa atas kelewatan polis dalam menjalankan siasatan dan tidak mahu kejadian seperti itu berulang lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

11 months ago

Tak Puas Hati Minta 'Getback' Tapi Ditolak, Lelaki Sanggup Tikam Bekas Tunang Sampai Mati 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...