Sejak berjaya menurunkan berat badan 10 kilogram dan kini tampil lebih bergaya, isteri Shuk Sahar, Sera dilihat aktif di media sosial.
Bukan itu saja, sudah beberapa kali juga dia memberi kenyataan berkenaan status rumah tangga mereka selain turut mendedahkan mesej Shuk kepada umum.
Tindakannya itu sekaligus membuatkan ramai netizen semakin tertanya-tanya apatah lagi baru-baru ini Sera memuat naik kenyataan seolah-olah menyindir Shuk.
Menerusi Instagram story, Sera dilihat membuat throwback ketika dirinya ‘dibuang’ dan sering dicurangi gara-gara tidak menawan namun kembali dicari selepas mengubah penampilannya seperti sekarang.
Dibuang dan dihina di saat wajahku begini. Dipuij dan dikutip saat wajahku berubah begini.”
Tidak dinyatakan ianya ditujukan kepada siapa dan mungkin Sera sekadar mahu melepaskan perasaan sakit, kecewa dan sedih yang terbuku di hati.
Terdahulu, pada November lepas Sera mendedahkan kepada umum bahawa dia dan Shuk sudah tidak tinggal sebumbung sejak Oktober.
Katanya, dia sedang dalam proses memfailkan penceraian selepas lima tahun berdepan pelbagai konflik dalam rumah tangga.