‘Dulu Bau Gucci, Sekarang Bau Hanyir Ayam’- Amelina Gigih Cari Rezeki Jual Nasi Ayam

Hiburan

‘Dulu Bau Gucci, Sekarang Bau Hanyir Ayam’- Amelina Gigih Cari Rezeki Jual Nasi Ayam

Ratu dangdut terkenal, Amelina kini dilaporkan tidak menang tangan menguruskan perniagaan menjual Nasi Ayam Rindu serta Nasi Minyak Asyik sebagai alternatif mencari pendapatan sampingan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini.

Amelina
10 bulan lalu

"Mula-Mula Tak Percaya COVID Ini Serius.."- Ratu Dangdut Amelina Akui Terkesan, Dah Tak Tahu Nak Cakap Apa

Advertisement

Ujar Amelina, perusahaan makanannya itu kini mula mendapat perhatian netizen apabila dia mula menguar-uarkan perniagaannya itu di media sosial Instagram.

Katanya lagi, dia sama sekali tidak merasa malu apabila rutin kehidupannya kini berubah daripada glamor kepada peniaga nasi ayam.

“Macam inilah setiap malam sediakan tempahan. Kalau dulu bau minyak wangi Dior, Gucci. Pakai liplap liplap, rambut kepok-kepok sekarang kak long dah bau bawang putih, ayam dan minyak sapi kat rumah.”

Menjengah ruangan komen, ramai peminat meninggalkan ucapan selamat maju jaya kepada penyanyi tersebut selain memuji rasa dan keenakan juadah yang dijual Amelina itu.

Advertisement

Dia dalam pada itu turut memberikan pesanan agar masyarakat terus tabah menghadapi dugaan sepanjang pandemik ini dan mendoakan  baik-baik untuk mereka di luar sana yang terkesan akibat PKP.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    July 20, 2021 at 10:51 am

    Jgn lah post video awk tgh memasak camtu. Buat lah memasak cara org Islam. Saya doakan semoga mendapat rezeki yg halal dan berkat. Aamiin.

  2. anonymous

    July 19, 2021 at 9:07 pm

    alhamdulillah rezeki yg halal

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...