“Mula-Mula Tak Percaya COVID Ini Serius..”- Ratu Dangdut Amelina Akui Terkesan, Dah Tak Tahu Nak Cakap Apa

Hiburan

“Mula-Mula Tak Percaya COVID Ini Serius..”- Ratu Dangdut Amelina Akui Terkesan, Dah Tak Tahu Nak Cakap Apa

Kini hanya pasrah, ratu dangdut Malaysia, Amelina berkata dia kini sudah tidak tahu nak cakap apa terhadap apa yang dialaminya kini.

AmelinaSumber : Instagram Amelina  

Amelina yang sebelum ini amat terkenal dengan sikap ceria dan tidak pernah lekang dengan gelak ketawa mengakui cukup terkesan dengan penularan COVID-19 pada ketika ini.

Advertisement

Lebih memeritkan apabila pendapatannya seolah terhenti seketika apabila tidak dapat muncul dalam sebarang acara nyanyian dan persembahan muzik.

Meskipun begitu, dalam kepasrahan menghadapi bencana dunia ini, Amelina berkata dia hanya menganggap musibah yang dilalui seluruh masyarakat ini adalah suatu bentuk ujian daripada Allah S.W.T dan pastinya mempunyai hikmah yang tersendiri.

Dia yang pada awalnya hanya memandang virus COVID-19 ini sebagai sesuatu perkara yang tidak serius  kini mula yakin apabila ianya sudah menular dalam komuniti.

“Di peringkat awal, saya seperti tidak percaya virus ini adalah satu perkara serius. Kini saya mula yakin ia adalah sesuatu yang serius dan mula berada dalam komuniti. Perlahan-lahan ia mula masuk dalam komuniti kita. Apabila saya berbual dengan ibu di telefon, dia memaklumkan ada kenalan saya meninggal dunia akibat COVID-19  dan ini membuka mata saya untuk memandang lebih serius mengenainya.”

Turut berkongsi karier seninya kini, Amelina menjelaskan bahawa beberapa persembahan yang sepatutnya berlangsung seperti dijadualkan tidak terlaksana gara-gara PKP 2.0.

Malah, promosi untuk lagu baharunya yang dilancarkan pada tahun lalu yang berjudul Ada Untukmu turut tertunda, tidak mengikut perancangan awal.

Walaupun begitu,  Amelina tampil meluahkan rasa syukur kerana ramai orang di sekeliling banyak memberi sokongan dan bantuan.

“Orang terdekat yang tahu mengenai keperluan saya tak henti-henti menghulurkan sumbangan. Alhamdullilah. Ini pun rezeki. Bantuan tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Bagi saya, semangat dan sokongan juga adalah sumbangan memandangkan dalam situasi sekarang, emosi kita semua sedikit sebanyak turut terganggu.”

Sepanjang PKP ini, penyanyi lagu Memori Daun Pisang ini khabarnya banyak meluangkan masa melakukan tugasan di pelbagai platform digital seperti promosi dan ulasan produk di Instagram.

Selain itu, Amelina turut aktif melakukan persembahan secara maya di aplikasi Mico untuk menghiburkan peminat di samping dapat menambah pendapatan meskipun tidak seberapa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...