Ratu dangdut terkenal, Amelina kini dilaporkan tidak menang tangan menguruskan perniagaan menjual Nasi Ayam Rindu serta Nasi Minyak Asyik sebagai alternatif mencari pendapatan sampingan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini.
Ujar Amelina, perusahaan makanannya itu kini mula mendapat perhatian netizen apabila dia mula menguar-uarkan perniagaannya itu di media sosial Instagram.
View this post on Instagram
Katanya lagi, dia sama sekali tidak merasa malu apabila rutin kehidupannya kini berubah daripada glamor kepada peniaga nasi ayam.
“Macam inilah setiap malam sediakan tempahan. Kalau dulu bau minyak wangi Dior, Gucci. Pakai liplap liplap, rambut kepok-kepok sekarang kak long dah bau bawang putih, ayam dan minyak sapi kat rumah.”
Menjengah ruangan komen, ramai peminat meninggalkan ucapan selamat maju jaya kepada penyanyi tersebut selain memuji rasa dan keenakan juadah yang dijual Amelina itu.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut memberikan pesanan agar masyarakat terus tabah menghadapi dugaan sepanjang pandemik ini dan mendoakan baik-baik untuk mereka di luar sana yang terkesan akibat PKP.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.