Baru-baru ini, kecoh di platform media sosial TikTok seorang pempegaruh membaling duit yang agak banyak kerana didakwa wang terbabit merupakan wang palsu.
Isu berbangkit kerana difahamkan TikTokers terbabit telah menerima tawaran paid review daripada seorang usahawan yang dikenali ramai.
Oleh kerana menjadi topik yang hangat dibincangkan oleh warganet, ramai yang mempersoalkan sama ada video terbabit hanya sekadar gimik ataupun marketing.
Sedar akan kecaman yang diterima setelah video terbabit menjadi viral di platfrom berkenaan, usahawan yang didakwa telah ‘perdaya’ gadis TikTokers cuba untuk membuktikan wang yang diberi tidak palsu.
Aku akan buktikan duit kami tak palsu. Kitaorang hidup bukan dengan duit palsu.
Bagi membuktikan duit itu asli, beliau telah membayar barang dapur orang lain di sebuah pasar raya dengan menggunakan wang tunai yang diletakkan dalam satu bekas.
Sebelum ini, seorang TikTokers terkenal telah menyedari wang RM10,000 yang diterima dalam bentuk wang kertas oleh seorang usahawan itu berkemungkinan besar adalah palsu.