‘Influencer’ Serang Siti Jamumall, Dakwa Bayar ‘Review’ Guna Duit Palsu Tapi Netizen Kata Hanya ‘Marketing’?

Trending

‘Influencer’ Serang Siti Jamumall, Dakwa Bayar ‘Review’ Guna Duit Palsu Tapi Netizen Kata Hanya ‘Marketing’?

Bermacam ‘drama’ dan lakonan yang kita dapat tengok dekat aplikasi TikTok. Ada yang gurauan semata-mata tetapi sesetengah netizen menggunakan aplikasi itu untuk tularkan sesuatu perkara.

2 years ago

(VIDEO) “Kau Yang Patut Minta Maaf!” - Ditengking Pasal Bayaran, Pelanggan ‘Serang’ Staf Biadap

Advertisement

Namun, video yang tular baru-baru ini membuatkan beberapa netizen mempersoalkan sama ada ia benar atau hanya lakonan untuk mendapat publisiti.

Menerusi sebuah video di TikTok, dua wanita telah merakamkan detik di mana mereka menyerang seorang ‘founder’ kerana didakwa memberikan duit palsu.

Pada mulanya ‘founder’ wanita itu terpinga-pinga dan terkejut apabila tiba-tiba didatangi dua wanita berkenaan.

Dia kemudian naik angin selepas ditengking dan tercetus ‘perang mulut’ antara mereka.

‘Founder’ itu juga turut dilihat memegang selonggok duit dan campak kepada dua wanita berkenaan sebelum menendang wang yang telah jatuh ke lantai.

 

Jika dilihat di ruangan komen, netizen berbalah pendapat dan memberikan respon masing-masing.

Ada yang tidak percaya dan menganggap ia hanyalah salah satu ‘marketing strategy’ namun sesetengah dilihat seolah-olah percaya dan berpihak kepadanya.

Namun, seorang wanita yang mendakwa dirinya bekerja di bank  berkata bahawa duit di dalam video tersebut bukanlah duit palsu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...