Pelawak Achey dari kumpulan Bocey memaklumkan bahawa ibu tercinta serta dua adik beradiknya yang lain telah disahkan positif COVID-19.
Maklum Achey lagi, keputusan ujian saringan COVID-19 yang diterima semalam telah mengesahkan bahawa mereka dijangkiti wabak tersebut dan kini sedang menjalani proses kuarantin di rumah.
View this post on Instagram
Difahamkan, ibu, abang dan kakak Achey berada dalam keadaan baik dan terkawal meskipun orang tuanya itu baru sahaja mengalami masalah kesihatan di sepanjang saluran pankreas dan hempedu.
Pagi tadi saya dimaklumkan mak, abang dan kakak disahkan positif COVID-19 dan perlu menjalani proses kuarantin di rumah. Mereka kini ditempatkan dalam satu bilik supaya abang dan kakak dapat memantau mak.
Achey yang reda dengan dugaan menimpanya bertalu-talu itu menganggap apa yang terjadi adalah satu ujian daripada Allah S.W.T dan hanya mahu berfikiran positif.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu meluahkan rasa ralat kerana tidak dapat membantu dalam menguruskan proses vaksinasi buat ahli keluarganya.
“Saya faham sekarang ramai yang sudah ada kesedaran untuk mendapatkan vaksin dan perlu menunggu giliran untuk proses ini. Cuma ralat tak dapatkan vaksin awal dan sekarang mereka disahkan positif COVID-19..” ujar Achey mengakhiri bicara.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.