Tragedi Kutip Buah Durian, Achey Alami Kecelakaan Patah Tangan

Hiburan

Tragedi Kutip Buah Durian, Achey Alami Kecelakaan Patah Tangan

Pelawak Achey dilaporkan telah mengalami kecederaan patah tangan pada Ahad ketika dia sedang mencari buah durian di dusun sebelum terjatuh daripada motosikal yang dinaikinya.

Achey
3 years ago

"EX5 Tak Boleh, Orang Rumah Punya.."Achey Dah Jual Lima Buah Motosikal Tampung Kos Rawatan Ibu

Advertisement

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah memaklumkan dia telah dikerjarkan ke sebuah pusat perubatan di Batu Pahat dan disahkan mengalami patah tangan belah kiri.

View this post on Instagram

A post shared by @anne_achey

“Sebenarnya saya pergi ambil durian pagi tadi dan entah macam mana terjatuh motor dari tebing dan saya tahan pakai tangan. Masa nak bangun tu rasa tangan kiri sakit. Saya tengok keadaan tangan dah bengkok, eh..saya syak patah ni.”

Ujar pelawak terkenal ini lagi, dia juga dikehendaki untuk melakukan pembedahan kecil dan kini sedang berpuasa dan dimasukkan ubat.

Jelasnya lagi, dia ke dusun berkenaan mencari buah durian dengan niat untuk berniaga pada minggu hadapan.

Disebabkan insiden tersebut, perniagaan itu terpaksa diambil alih oleh rakan kongsinya.

Semoga cepat sembuh diucapkan buat Achey.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...