Dua Tahun Menyepi Dalam Bidang Pengacaraan, Karl Shafek Teroka Bidang Perniagaan

Hiburan

Dua Tahun Menyepi Dalam Bidang Pengacaraan, Karl Shafek Teroka Bidang Perniagaan

Pengacara dan usahawan, Karl Shafek terpaksa menolak beberapa tawaran dalam bidang pengacaraan selepas mengorak langkah baharu dalam bidang perniagaan.

Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim berkata, dia tidak mahu membuat banyak perkara dalam satu masa.

Advertisement

Menurut Karl, 41, sudah dua tahun dia menyepi dari bidang pengacaraan, situasi pandemik membuatkan peluangnya itu berkurang.

Saya pula baru sahaja membuka cawangan Dulang kafe di Kelana Jaya, saya perlu menguruskan banyak perkara.

Bekas pengacara Nasi Lemak Kopi O itu berkata dia rasa sayang untuk menolak tawaran dalam bidang pengacaraan tetapi dia tidak ralat dengan keputusannya itu kerana tidak mahu susahkan orang lain dan tidak boleh memberikan komitmen terhadap pelbagai perkara.

Sayang menolak tawaran yang datang tetapi saya kena sayangkan diri saya dahulu.

Karl turut bercadang untuk membesarkan lagi perniagaan itu dan berharap agar semuanya berjalan lancar.

Terdahulu, Karl yang menghadapi masalah dengan tahap kesihatan mental mengakui dirinya tidak ‘fit’ seperti dahulu untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa.

Karl Shafek
2 years ago

Kerana Depresi, Karl Shafek Pernah Simbah Petrol Pada Badan Akibat Tekanan Mental

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...