Kerana Depresi, Karl Shafek Pernah Simbah Petrol Pada Badan Akibat Tekanan Mental

Hiburan

Kerana Depresi, Karl Shafek Pernah Simbah Petrol Pada Badan Akibat Tekanan Mental

Setelah hampir dua tahun bertarung dengan masalah depresi, personaliti TV dan juga usahawan kini, Karl Shafeek berhajat untuk mendidik orang ramai mengenai kesihatan mental.

Karl Shafek
2 bulan lalu

Kini Jual Pes Kuah Kacang, Karl Shafek Terharu TokTi 'Repeat' Order

Advertisement

Meskipun pernah diuji dengan ujian sedemikian rupa, Karl kini lebih tenang dan positif dalam meneruskan kehidupan di samping fokus dengan kerjayanya sebagai seorang artis dan juga pereka fesyen.

Katanya lagi, dia kini semakin pulih meskipun masih perlu untuk memakan ubat-ubatan namun tidak pernah mengalami insiden pelik seperti dahulu.

Advertisement

Tambahan, saya masih lagi mengikuti sesi kaunseling yang telah ditetapkan oleh pihak hospital. Saya berasa gembira kerana telah nampak perubahan pada diri sendiri.

Mengimbas kembali saat dia mengalami tekanan mental, Karl berkata dia pernah melakukan perbuatan yang boleh meragut nyawanya sendiri.

Saya bukanlah kata saya mahu bunuh diri, tetapi ketika itu saya seperti mahu mengakhiri rasa sakit. Sehinggakan saya memandu kereta tanpa sedar dan menyimbah petrol pada badan.

Tetapi pada waktu itu tiada siapa tahu melainkan keluarga dan teman rapat. Sehinggalah doktor yang merawat saya memberikan lampu hijau, baru saya berani bercerita dengan orang ramai.

Dalam pada itu, Karl turut memberi pendapat mengenai selebriti yang kerap mengaitkan diri mereka dengan masalah mental dan depresi sejak kebelakangan ini.

Tegas pengacara TV ini, artis yang mengaku mengalami masalah seperti itu bukanlah untuk mencari perhatian kerana memang ada yang disahkan menghidapi penyakit tersebut dan berharap agar mereka kembali pulih seperti sedia kala.

Perkembangan terkini, Karl khabarnya telah melancarkan koleksi pakaian terbaru yang diberi nama Noir untuk jenama Neonate Clothing dan berharap agar ia akan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan peminat fesyen tempatan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Pening

    November 10, 2021 at 3:10 pm

    btl org yg x pernah alamai depressi mmg x tahu bgm mana rasa, kdg org yg alami pun x sedar yg dia alami depressi, depressi is not a joke gais

  2. anonymous

    November 10, 2021 at 11:39 am

    nyah kau dari dulu bakat hauss yang ada cuma citer nak bunuh diri lah depresi lah …apo nyah kau frust dgn jantan ko ekk

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...