“Dua Sudah Mencukupi..” – Sarimah Ibrahim Beri Komen Hos Gegar Vaganza Terlalu Banyak, Netizen Setuju Nampak ‘Serabut’

Hiburan

“Dua Sudah Mencukupi..” – Sarimah Ibrahim Beri Komen Hos Gegar Vaganza Terlalu Banyak, Netizen Setuju Nampak ‘Serabut’

Semalam, program nyanyian popular Gegar Vaganza All Star episod pertama sudah mengambil tempat di mana ramai penyanyi hebat akan bertanding bagi merebut gelaran juara di antara juara bagi edisi kali ini.

Selain penampilan para peserta, pengacara program itu turut dinantikan ramai dan sudah dijangka, Nabil Ahmad dan Jihan Muse menjadi hos untuk program kegemaran ramai itu.

Advertisement

Malah, tambahan seorang lagi pengacara iaitu Elly Mazlein juga turut menjadi elemen kejutan sekaligus menjadikan hos untuk edisi kali ini adalah tiga orang.

Namun, bilangan hos yang diketengahkan itu nampaknya menjadi bahan kritikan netizen di media sosial bahkan turut mendapat perhatian pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim yang merasakan bertiga adalah terlalu ramai.

Komen sarimahSumber : Twitter  

Hmm kenapalah kena ada ramai sangat …(insert)..? Maksud saya, seorang okay, dua orang okay, tiga?

Meskipun Sarimah tidak mengulas lanjut mengenai program apa yang dikritiknya, namun peminat dapat meneka rancangan Gegar Vaganza memandangkan dia memuat naik ulasan itu pada malam semalam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Sarimah dan menganggap hos GV terlalu banyak sehingga menimbulkan rasa serabut buat penonton.

Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kak KM
1 year ago

"Dia Kaya Sebab Bahagiakan Mak" - Kak KM Hadiahkan Normah Damanhuri Gelang Emas 80 Gram Sempena Hari Lahir Ke-70

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...