“Dia Kaya Sebab Bahagiakan Mak” – Kak KM Hadiahkan Normah Damanhuri Gelang Emas 80 Gram Sempena Hari Lahir Ke-70

Hiburan

“Dia Kaya Sebab Bahagiakan Mak” – Kak KM Hadiahkan Normah Damanhuri Gelang Emas 80 Gram Sempena Hari Lahir Ke-70

Baru-baru ii, pelakon veteran Normah Damanhuri dilihat menyambut hari kelahirannya yang ke-70 di sebuah hotel bersama anak-anak kesayangan, antaranya usahawan kosmetik kontroversi Liana Rosli ataupun lebih dikenali sebagai Kak KM.

Dalam satu hantaran di TikTok, Kak KM turut menghadiahkan ibunya itu dengan dua utas gelang emas seberat 40 gram setiap satu kepada Normah.

Advertisement

Malah, kek setinggi lima tingkat juga disediakan bagi memeriahkan lagi acara tersebut.

Hadiah buat mama tahun ini. Mama kena pakai tak boleh buka. Ini emas padu seberat 40 gram. Tak perlu sebut harga, sebut berat saja.

@sweetdara.lianarosli

Majlis sambut Birthday Mak yg ke 70. sayang sangat dekat mak?? #kakkmtaktumpangpopularitiorglain #lianarosli_official #kakkm #kakkmbukanbiasa2

? Beautiful Love – L.K.B

Ini gelang dua tahun lepas, mama masih pakai. Tahun lepas dapat kereta jenis Honda.

Dalam pada itu, Normah berkata dia hanya ingin diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga di usia yang semakin meningkat ini.

Dalam usia begini, tiada apa yang saya harapkan selain kesihatan dan bahagia bersama anak-anak. Tahun ini sangat istimewa buat saya kerana dipermudahkan urusan di tanah suci Makkah untuk ibadah haji sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan selamat buat pelakon itu dan turut memuji Kak KM yang sering membahagiakan ibunya sendiri.

Ada juga yang mengaitkan status jutawan Kak KM itu dengan peribadinya yang selalu mengutamakan ibu selagi masih hidup.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kak KM Liana
8 months ago

"Barangkali Nak Dapat Title 'J'" - Kak KM Beri 'Hint' Nak Pegang Status Janda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...