Dua Rakan Artis Dituduh Berkaitan Isu Dadah Mahu Saman Farid Kamil

Hiburan

Dua Rakan Artis Dituduh Berkaitan Isu Dadah Mahu Saman Farid Kamil

Sudah memberikan keterangan berhubung isu menganiaya Datuk Farid Kamil dan meletakkan ganja dalam minumannya, kini dua rakan artis yang dituduh iaitu Taj Innuendo dan Osh mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid bertujuan membersihkan nama mereka. Perkara itu diberitahu oleh peguam Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar.

Advertisement

Pihak Taj sedia memberikan kerjasama untuk membantu siasatan. Apa yang didakwa oleh pihak Farid tidak menjejaskan reputasi Taj, namun dia pun agak terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku.

Kami amat menghormati lunas undang-undang dan apa sahaja informasi yang pihak polis perlukan untuk menyelesaikan siasatan ini, kami akan berikan.

Terdahulu, Farid telah membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis memasukkan dadah ke dalam minumannya sehingga menyebabkan beliau bertindak di luar kawalan dan menampar anggota polis serta menendang orang awam sehingga ditahan baru-baru ini. Pendedahan Farid juga membawa kepada penahan pelakon Soffi Jikan yang positif dadah jenis ganja dan ditahan pada 6 Februari lalu.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

59 Comments

  1. Anonymous

    February 21, 2018 at 11:00 pm

    Menyampah betul aku baca komen2 pengomen2 yang masuk keblog nara ni,kebanyakannya terdiri dari pendengki2 yang datang dari Kelantan!!……orang Kelantan ni memang terkenal dengan hasad dengki yang amat tinggi lebih2 lagi kalau dengan pengomen2 yang hebat berbahasa/menulis dalam bahasa Inggeris……sebab apa?…..sebab orang Kelantan jarang yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik!!. ..malula weh!!….kalau tak pandai tu baik je ngaku tak pandai…..ini asyik dok dengki dengan orang lain buat apa??….:macam apa yang seorang Prof. Diatas tu kata nemang pun betul……yang kamu dok kuat sangat PHD tu buat apa?…..sebab prof. tu bisa berbahasa Inggeris ya?…..telek cerminla dulu!!??…..

  2. Anonymous

    February 21, 2018 at 10:49 pm

    Saman jgn x saman…lawyer juga yg kenyang!

  3. kome

    February 21, 2018 at 9:38 pm

    Teman rasa lah kan, ni tentu budak fathia latif punya koja, dia yg tarok & bancuh air susu dia bagi kat FK gitu. Mana abg Zed ni? Adoi, jenuh nungunye.

  4. Ex-Amnet Forumer

    February 21, 2018 at 8:24 pm

    Seronoknya baca. Ada english lesson, ada legal matters, ada attempt crime solving..

  5. Anonymous

    February 21, 2018 at 6:27 pm

    Pulak dahhhh

Loading...