Mufti Minta Rakyat Malaysia Bersimpati Terhadap Golongan Pelarian

COVID-19

Mufti Minta Rakyat Malaysia Bersimpati Terhadap Golongan Pelarian

Ramai kini yang mengkritik dan mengecam pelarian etnik Rohingya di Malaysia berikutan kenyataan Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), Ahmad Zafar yang menuntut beberapa hak kelonggaran yang perlu diberikan kepada mereka.

4 years ago

Netizen Kesal Dengan Sikap Warga Rohingya Di Malaysia, Minta Kerajaan Tidak Terlalu Memberi Muka

Advertisement

Sehubungan itu, dua orang mufti mengingatkan masyarakat Islam di Malaysia supaya menunjukkan belas kasihan kepada yang kurang bernasib baik daripada mereka.

“Cubalah letakkan diri kita di tempat saudara kita yang terpaksa melarikan diri dari tanah air mereka seperti pelarian Rohingya ini,”

-Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor.

Wan Salim menyeru agar rakyat berlembut hati terhadap nasib malang yang menimpa umat islam di negara lain. Dia juga berharap agar kerajaan Malaysia mengambil tindakan kemanusiaan yang sewajarnya dalam membantu Rohingya.

Rata-rata kini rakyat Malaysia menggesa kerajaan menghantar etnik ini pulang semula ke negara asal mereka.

Kepentingan dalam mengurus isu etnik yang ditindas ini memerlukan kebijaksaan. Dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan krisis COVID-19 pastinya rakyat mudah merasa gusar terhadap apa-apa isu yang dilihat boleh mengancam keselamatan negara.

Menyentuh tentang tindakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghalang bot yang membawa pelarian Rohingya daripada memasuki perairan negara, ia perlu demi menjaga kedaulatan dan keselamatan negara walaupun mengundang sentimen negatif beberapa pihak.

sumber : South China Morning Post

“Cuma kita harapkan pihak kerajaan dapat bertindak secara waras dan berperikemanusiaan dalam menangani isu pelarian Rohingya.”

Sementara itu, Mufti Pahang Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman meminta umat Islam Malaysia untuk bersama-sama membantu komuniti ini.

sumber : BH Online

Menurutnya, isu membabitkan Rohingya di negara ini sengaja diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu yang berniat untuk melaga-lagakan komuniti itu dengan rakyat Malaysia.

Dr. Abdul Rahman meminta agar rakyat memanfaatkan bulan suci Ramadan ini, dengan menghentikan perbalahan yang tidak bermanfaat dan supaya tidak menganiaya orang lain berdasarkan stereotaip dan tindakan segelintir orang.

“Dalam isu Rohingya, kita sebagai umat Islam sepatutnya balaslah kejahatan dengan kebaikan, seperti dalam hadis Rasulullah yang menyebut kita kena membantu orang yang dizalimi serta mencegah kezaliman,”

-Mufti Pahang Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman

Walau apapun, rakyat Malaysia perlu menunjukkan sifat toleransi terhadap pelarian ini demi menjaga kemakmuran negara. Ditambah lagi negara sedang yang sedang menghadapi COVID-19, semua pihak perlu bertimbang rasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Kerajaan pula perlu memantau sempadan negara dengan lebih ketat supaya tiada pendatang tanpa izin mampu lolos yang mungkin akan membawa kluster baharu penularan Covid-19 ke negara ini.

Sumber Berita : Free Malaysia Today

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...