Netizen Kesal Dengan Sikap Warga Rohingya Di Malaysia, Minta Kerajaan Tidak Terlalu Memberi Muka

COVID-19

Netizen Kesal Dengan Sikap Warga Rohingya Di Malaysia, Minta Kerajaan Tidak Terlalu Memberi Muka

Berkaitan dengan isu penutupan kawasan pasar borong Selayang baru-baru ini, netizen kebanyakannya meluahkan perasaan kesal terhadap komuniti warga Rohingya disitu.

Komuniti yang menetap di kawasan tersebut dikatakan menjadi punca kepada kes jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat.

Buat masa ini, kawasan Pasar Borong Selayang telah dikategorikan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berdasarkan peningkatan kes positif COVID-19 yang direkodkan.

Advertisement

penutupan pasar

Malah, isu hangat tentang warga Rohinga turut diperdebatkan di dalam laman sosial sehingga menjadi trending pertama di carian Twitter.

Rata-rata netizen meluahkan pendapat dan meminta agar kerajaan Malaysia untuk menghentikan penerimaan pelarian Rohingya masuk ke dalam negara.

Semakin hari, bilangan warga Rohingya yang terdapat di negara ini semakin meningkat. Mereka ada yang sudah mempunyai keluarga dan melahirkan anak sejak beberapa tahun lepas.

Tidak hanya ‘menumpang’ di negara ini, warga Rohingya dikatakan sudah berani membuat pelbagai tuntutan. Ada diantara tuntutan tersebut tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia.

Warga Rohingya mula tunjuk kepala 

Perkongsian di laman Twitter oleh Fredy Willfred mengatakan bahawa warga Rohingya yang sebenarnya tidak mematuhi arahan PKP. Golongan ini juga dikatakan meminta perlindungan insurans daripada pihak kerajaan.

 

Pendapatnya lagi, jika kerajaan tidak menyekat kemasukkan pelarian Rohingya ke dalam negara ini, Malaysia dalam beberapa tahun lagi akan menjadi negara ‘Myanmar kedua’.

 

Akibat bilangan mereka yang semakin ramai dan segelintirnya merupakan peniaga di pasar borong Selayang, peniaga tempatan turut mengadu perniagaan mereka semakin terjejas. Warga Rohingya ini menjalankan perniagaan di pasar tanpa mendapatkan lesen yang sah.

Pernah dilemparkan kata kesat 

Seorang netizen turut menceritakan pengalamannya dimaki oleh warga Rohingya apabila tidak diberikan sedekah setelah diminta.

 

Membuat tuntutan mengarut 

Januari tahun ini, Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM) telah membuat permohonan rasmi menerusi surat kepada Menteri Sumber Manusia terhadap beberapa tuntutan.

 

Tuntutan yang dikira sebagai tuntutan yang melampau ialah, warga Rohingya tidak boleh ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan ketika sedang bekerja atas alasan kemanusiaan.

Kemarahan netizen bukanlah mencerminkan rakyat Malaysia bersikap racist. Tetapi perkara ini sedikit sebanyak mencabar hak kewarganegaraan Malaysia. Kedatangan pelarian ke negara ini juga akan menyebabkan ketidakseimbangan dari segi ekonomi dan penduduk.

Selama ini, kerajaan Malaysia tidak mengetepikan nasib kesusahan golongan pelarian malah turut dibantu oleh pelbagai agensi bukan kerajaan. Baru-baru ini, kes warga Rohingya yang menipu untuk mendapatkan bantuan turut mendapat perhatian ramai.

Artikel berkaitan: Menipu Kononnya Sudah Lama Tidak Makan, Rupa-Rupanya Warga Rohingya Ini Baru Saja Terima Bantuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...