“Dua Kali Melalui Proses Bedah Bukan Mudah..” – Shila Amzah Tak Dapat Melahirkan Secara Normal, Bayi Dah Terbelit Tali Pusat

Hiburan

“Dua Kali Melalui Proses Bedah Bukan Mudah..” – Shila Amzah Tak Dapat Melahirkan Secara Normal, Bayi Dah Terbelit Tali Pusat

Penyanyi Shila Amzah tak berjaya memenuhi hasratnya untuk melahirkan anak keduanya secara normal dan terpaksa bersalin kaedah pembedahan.

Anak terbelit tali pusat

Menurut Shila, dia dinasihatkan untuk melalui proses pembedahan untuk kelahiran anak kedua ini setelah diketahui tali pusat bayinya terbelit di bahagian muka. Penyanyi ini turut memberitahu masalah tersebut tidak dapat dikesan awal ketika melakukan imbasan.

Advertisement

Dalam tempoh hamil 36 minggu dah rasa bayi kurang bergerak seperti kebiasaan. Selalu pergi pemeriksaan doktor, rasanya dia baik ketika itu dan tak dapat nampak tali pusat dekat leher.

 

Rhea (nama anak) dah terbelit tali pusat, jadi terpaksa juga pembedahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ubaidillah Zulkefli (@ubaimz)

Syukur suami ada di sisi

Dalam satu hantaran lain yang dimuat naik di TikTok, penyanyi lagu Patah Seribu ini melihatkan perjalanan sebelum dirinya bersalin. Video itu memaparkan Shila masih sempat melakukan senaman ringan ketika masih di hospital.

Saya baru lepas dibedah. Perancangan untuk bersalin secara normal tidak berjaya. Tetapi saya rasa sangat hebat kerana melahirkan anak perempuan yang comel.

 

Dua kali melalui proses bedah bukan mudah. Tetapi saya rasa lebih baik sebab suami, dia sentiasa ada di sisi.

@shilaamzahofficial Alhamdulillah 🤍 Happy birthday princess ,Rhea Akira 🤗 @Ubai Mz #fyp #birthdaygirl ♬ Backsound Puisi – Audiolist Productions

Sekadar info, Shila sebelum ini juga melalui proses pembedahan ketika melahirkan anak lelaki sulungnya yang kini berumur 5 tahun hasil perkahwinan bersama bekas suami pertama.

8 months ago

"Salah Orang Kita Nampak, Dalam Hidup Ni Jangan Rasa Diri Kita Baik" - Ibu Shila Amzah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...