Dua Bulan Sebelum Kahwin, Usop Akui Perubahan Sikap Cepat ‘Naik Angin’

Hiburan

Dua Bulan Sebelum Kahwin, Usop Akui Perubahan Sikap Cepat ‘Naik Angin’

Penyanyi, Usop yang terkenal dengan sikap kelakar dan bersahaja kini mengakui mula berubah sikap menjadi pemarah apabila menjelang hari bahagia pada Febuari depan.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Mohd Nor berkata, dia bimbang dengan perkara tersebut kerana perubahan itu mula dirasai sejak bertunang dengan Nur Fatihah Md Hashim pada November lalu.

Advertisement

Menurut Usop, 24, dahulu dia bukan seorang yang panas baran tetapi apabila sudah bertunang, dia selalu berasa ‘panas hati’.

Tetapi kena kawal lah, sebab bagi pendapat saya apabila kita nak menghalalkan hubungan dengan seseorang, waktu itu lah banyak dugaan datang.

Tambah penyanyi lagu Pencinta Setiamu itu, sebagai pasangan kena banyak bersabar dan bertolak ansur.

Jelas Usop, tunangnya banyak mengajar untuk memperbaiki diri lebih-lebih lagi apabila menjadi seorang selebriti.

Fatihah banyak tegur saya, dulu penampilan saya selekeh. Dia kata saya kena jaga penampilan sebagai seorang artis.

Advertisement

Usop turut memaklumkan bahawa segala persiapan sebelum bergelar raja sehari telahpun dilaksanakan dengan sempurna.

Baca: (TAHNIAH) Usop Selamat Bertunang, Rancang Nikah Pada Febuari Tahun Depan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...