Jadi ibu bapa memang bukan kerja mudah. Jaga bayi, uruskan rumah, pastikan semua berjalan lancar setiap hari dan sekarang, Drypers dan Vinda nak bantu ibu bapa buat semua tu sambil ada peluang menjana pendapatan.
Pada Sabtu yang lalu, kedua-dua jenama ini telah melancarkan di The Vertical Connexion, Bangsar South, sebuah platform yang menggabungkan sokongan produk harian dengan peluang ekonomi kreatif untuk ibu bapa.
Apa Itu Parent-preneurs: The Power Duo?
Parent-preneurs: The Power Duo ni bukan kolaborasi biasa. Platform ini membawa dua jenama yang selama ini mungkin kita kenal berasingan iaitu Drypers untuk penjagaan bayi, dan Vinda untuk keperluan rumah, di bawah satu tema utama: “Comfort for Baby, Strong for Every Mess”.
Idea asas kepada kerjasama ini bermula dari ibu bapa hari ini yang bukan sahaja membuat keputusan dalam rumah, malah mereka turut mempengaruhi komuniti sekeliling melalui perkongsian pengalaman harian.
Drypers dan Vinda mahu membantu ibu bapa menukar perkongsian tu kepada peluang menjana pendapatan yang lebih praktikal melalui program affiliate dan komuniti pencipta kandungan.
Acara sehari ini telah menghimpunkan kira-kira 700 rakan afiliasi, ibu bapa, dan keluarga lengkap dengan sesi rangkaian, aktiviti keluarga, persembahan Aisha Retno, dan perkongsian ilmu daripada Pakar Perunding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik, Dr. Mimi Wong.
Apa Yang Baharu Dari Segi Produk?
Selain platform komuniti, dua produk utama turut diperkenalkan pada acara ini:
Drypers Wee Wee Dry (Baharu & Dipertingkat)
Pampers kegemaran ramai ibu bapa ni kini hadir dengan beberapa peningkatan ketara:
-Getah pinggang fleksibel untuk keselesaan bayi
-Double Leakguard yang lebih baik untuk perlindungan kebocoran maksima
-Poo Pocket dengan perlindungan tambahan untuk najis lembut bayi baru lahir
Ia selamat digunakan, memenuhi piawaian keselamatan EU dan bebas bahan berbahaya.
Rangkaian Vinda Deluxe Kitchen
Untuk keperluan dapur dan rumah pula, Vinda memperkenalkan dua produk:
Tisu Dapur Basah Vinda Deluxe: Berkesan menanggalkan minyak dan gris, boleh dibilas sehingga 8 kali, diuji secara dermatologi dan bebas alkohol.
Tisu Dapur Vinda Deluxe Soft Pack: Serapan minyak 3 kali ganda, diperbuat daripada 100% Virgin Pulp tanpa tambahan kimia berbahaya.
Parent-preneurs Jana Pendapatan Dengan Produk Drypers & Vinda

Menerusi platform Parent-preneurs ini, ibu bapa berpeluang untuk:
-Menyertai program affiliate Drypers dan Vinda
-Menjana pendapatan melalui perkongsian pengalaman dan testimoni produk
-Berhubung dengan komuniti ibu bapa yang lebih luas
Seperti yang dikatakan oleh Yapp Pau Ling, Ketua Pengurus Vinda Malaysia “Matlamat mereka bukan sahaja untuk menyediakan produk berkualiti, tetapi untuk memberi ibu bapa laluan yang lebih praktikal dalam ekonomi pencipta kandungan masa kini”
Anda juga boleh buat pembelian terus di TikTok Shop untuk lebih penjimatan dan diskaun untuk jenama ni.
Maklumat lanjut tentang program Parent-preneurs ini, boleh ikuti perkembangan terkini melalui laman rasmi Drypers dan Vinda Malaysia.






