Drama Nora Elena Adaptasi Daripada Novel Kasih Yang Suci

Hiburan

Drama Nora Elena Adaptasi Daripada Novel Kasih Yang Suci

drama nora elena

Sekarang nie pergi mana-mana pun semua orang bercerita tentang drama Nora Elena. Dulu Abang Nara pernah kongsikan gambar pelakon utama drama ini iaitu Siti Saleha yang memang cun melecun untuk tatapan anda semua. Kali ini Abang Nara nak berkongsikan sinopsis drama yang diadaptasikan daripada novel Kasih Yang Suci. Ada sesiapa yang dah baca novel nie?

Advertisement

Nora Elena (Siti Saleha) ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi Pak Sanggup menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth ini rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika itu sedang mengandung anak Seth. Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? Apakah motif Seth mengahwini Nora?

Ada orang kata drama ini agak tak logik sebab Seth Tan tue baik sangat. Sanggup tak menyentuh isterinya walaupun dah ada depan mata. Abang Nara tak dapat ikuti sangat cerita ini sebab tak sempat sampai rumah daripada tempat kerja. Tapi daripada sambutan yang diberi, nampaknya memang penangan drama ini hebat sungguh.

Dan dengar ceritanya novel Kasih Yang Suci pun habis macam pisang goreng panas. Apa pendapat anda yang dah tengok drama ini dan dah baca novelnya? Best tak adaptasi cerita ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...