Pelakon jelita, Nora Danish menzahirkan perasaan bertuah kerana menjadi sebahagian daripada pelancong terawal yang dibenarkan untuk bercuti ke pulau peranginan terkenal, Langkawi, Kedah sejak ia dibuka pada 16 September lalu.
Ujar Nora, meskipun dijadikan sebagai ‘tikus makmal’, dia bersyukur kerana tiada jangkitan kes COVID-19 terbaru yang dilaporkan membabitkan pelancong di Langkawi.
Perkara tersebut diluahkan Nora menerusi sebuah hantaran Instagram Storynya, semalam.
Alhamdullilah, kami sebagai ‘tikus makmal’ rasa bertuah. Semoga dapat lagi tempat-tempat pelancongan lain di buka. Insya-Allah. Doakan yang baik-baik.
Dia dalam pada itu turut berkongsi tangkap layar laporan berita tempatan mengenai kes positif COVID-19 yang tidak direkodkan semenjak pusat pelancongan itu dibuka kepada orang ramai.
Sekadar info, Nora antara selebriti terawal yang berkunjung ke permata Kedah selain golongan ternama seperti jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.
Tampil ‘daring’ pada setiap foto yang dikongsi Nora sepanjang percutian di sana, dia dan keluarga juga tidak lekang menjadi bahan bualan netizen di Instagram.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.