Don Daniyal Direhatkan Terus Dari Bersiaran, Pengarah Penyiaran Malaysia Luah Rasa Kesal -“Bila Dah Bagi Peluang..”

Hiburan

Don Daniyal Direhatkan Terus Dari Bersiaran, Pengarah Penyiaran Malaysia Luah Rasa Kesal -“Bila Dah Bagi Peluang..”

Pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dilaporkan telah direhatakn terus dari bersiaran dalam program Salam Baitullah terbitan RTM.

Tindakan tersebut difahamkan terpaksa dilakukan gara-gara pendakwah itu sekali lagi mencetuskan kontroversi dalam program tersebut kelmarin.

Advertisement

Malah, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman turut menyatakan kekecewaan berkenaan tindakan pendakwah tiu.

Ustaz Don Daniyal direhatkan terus

Sumber: Kosmo Online

Perkara tersebut dizahirkan Suhaimi menerusi satu hantaran di aplikasi X, semalam.

Bila dah bagi peluang, dah consult authority & ahli agama, dah remind apa yg boleh cakap & apa yg tak boleh, kenalah pandai anticipate response from viewers.

Wisdom kena ada, kawalan diri kena mantap. Don’t play victim. So sorry have to rest u. Maaf semua, hang in there team.

Terdahulu, Ustaz Don direhatkan sementara waktu gara-gara kontroversi yang melanda dirinya berkenaan perkongsian ‘cinta pertama’ Rasulullah S.A.W.

Dia didakwa menyebarkan cerita tidak benar hadis palsu sehingga mencetuskan kekecohan dalam kalangan netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain di pautan di bawah.

Ustaz Don
1 month ago

"Insya-Allah Apa Yang Saya Cakap Ini Benar" - Ustaz Don Tampil Beri Penjelasan Isu 'First Love' Nabi & Video Dimanipulasi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...