“Insya-Allah Apa Yang Saya Cakap Ini Benar” – Ustaz Don Tampil Beri Penjelasan Isu ‘First Love’ Nabi & Video Dimanipulasi

Hiburan

“Insya-Allah Apa Yang Saya Cakap Ini Benar” – Ustaz Don Tampil Beri Penjelasan Isu ‘First Love’ Nabi & Video Dimanipulasi

Sebelum ini, nama Ustaz Don Daniyal meniti di bibir netizen gara-gara kekhilafannya berkongsi kisah cinta pertama Nabi Muhammad S.A.W ketika bersiaran di sebuah stesen radio.

Perkongsian tersebut kemudiannya menimbulkan pelbagai respon dalam kalangan warga maya malah pendakwah lain yang mendakwa Ustaz Don telah menyebarkan hadis palsu.

Advertisement

Malah, dia juga direhatkan sementara dalam mengendalikan program Salam Baitullah di saluran televisyen TV1.

Ustaz Don tampil beri penjelasan

Terbaru, pendakwah selebriti itu tampil menjelaskan mengenai perihal tersebut menerusi satu video pendek yang dimuat naik di TikTok.

Video ini adalah menceritakan sahaja berkaitan isu yang telah berlaku bukan nak buat huraian kerana telah pun bertemu dengan pihak berautoriti. Jadi sementara menunggu keputusan, saya cerita.

Jangan risau semua ini ada rakamannya dan kalau ada salah nanti boleh orang keluarkan yang betul. Insya-Allah apa yang saya cakap ini benar.

Terangnya, kisah kehidupan Nabi Muhammad S.W.T turut menggunakan ilmu sirah dan mendakwa salah satu videonya telah dimanipulasi pihak tertentu.

Yang pertama, Ummu Hani adalah sejarah yang benar di dalam kehidupan Nabi SAW. Terdapat dalam banyak kitab serta penggunaan hadisnya mesti menggunakan neraca sirah bukan menggunakan neraca ilmu hadis semata-mata. Kerana dua disiplin ilmu ini berbeza.

Yang kedua, ada video yang mengatakan, saya menjawab dengan mengatakan ada hadis sahih. Sebenarnya video itu adalah video manipulasi.

Yang ketiga iaitu pihak berautoriti mengatakan saya menggunakan perkataan ‘first love’ itu agak tidak sesuai. Sepatutnya menggunakan perkataan cinta pertama. Jadi saya minta maaf, selepas ini saya guna ‘cinta pertama’.

Terdahulu, Ustaz Don ada bercerita mengenai kisah Baginda yang didakwa melamar Ummu Hani sebanyak tiga kali dan ia dikatakan cinta pertama Rasulullah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ustaz don
1 month ago

"Pandangan Diberi Dan Diterima Dengan Terbuka.." - Ustaz Don Selesai Berjumpa Dengan JAKIM, Pertemuan Berlangsung Secara Damai

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...