“Doakan Shu Kuat” – Bekas Isteri Hafidz Roshdi Masuk Hospital, Mohon Maaf Tak Dapat Beri Kerjasama

Hiburan

“Doakan Shu Kuat” – Bekas Isteri Hafidz Roshdi Masuk Hospital, Mohon Maaf Tak Dapat Beri Kerjasama

Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri telah memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Shuhada atau lebih mesra disapa Shu meluahkan rasa berang dan enggan menerima permohonan maaf yang dilakukan oleh wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.

Advertisement

Ibu kepada dua orang anak itu menganggap ‘penyondol’ akan sentiasa menjadi orang yang memusnahkan perkahwinan seseorang.

Dalam hantaran berbeza, Shu memaklumkan bahawa dia kini sedang berada dalam keadaan kurang sihat dan sedang dirawatan di sebuah Hospital.

Bukan itu sahaja, wanita berusia 29 tahun itu turut memohon maaf kepada pihak media, rakan-rakan dan para pelanggan yang menghubunginya kerana tidak dapat memberi kerjasama pada ketika ini.

Menurut Shu, dia akan memberi kerjasama dan tanggungjawab sepenuhnya selepas mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Bagaimanapun, sehingga kini Shu masih belum memaklumkan mengenai masalah kesihatan yang dialaminya dan di mana dia dirawat secara terperinci.

Apa-apa pun, kita doakan semoga kesihatan Shuhada kembali pulih seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan penceraiannya bersama Hafidz.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Akui Lafaz Cerai Isteri Tanpa Niat, Hafidz Roshdi Mohon Mahkamah Teliti Semula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...