Akui Lafaz Cerai Isteri Tanpa Niat, Hafidz Roshdi Mohon Mahkamah Teliti Semula

Hiburan

Akui Lafaz Cerai Isteri Tanpa Niat, Hafidz Roshdi Mohon Mahkamah Teliti Semula

Terdahulu, pelakon Hafidz Roshdi telah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu menerusi panggilan telefon bersaksikan keluarga isteri.

Terkini, Hafidz dilaporkan membuat permohonan pengesahan lafaz cerai selepas didakwa sudah menceraikan isterinya dengan talak satu di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor.

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 29 tahun itu memohon mahkamah untuk meneliti setiap dakwaan berlakunya lafaz cerai dari segi rukun dan syarat.

Hafidz memberitahu mahkamah lafaz cerai terhadap isterinya dibuat tanpa niat.

Jadi dia memohon mahkamah untuk meniliti lafaz cerai sama ada lafaz itu sah atau boleh menggugurkannya.

Dalam pada itu, satu tarikh baharu bakal ditetapkan mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai membabitkan pasangan itu.

Sebelum ini, rumah tangga pelakon itu mula menjadi bualan hangat netizen selepas Shuhada membuat pendedahan mengenai hubungan suaminya bersama wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.

Info tambahan, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Wajah Mirip Hafidz Roshdi, Tak Pasal Pasal Kena Tegur Di R&R Tapi Netizen Kata - "Muka Sama Takpe, Jangan Perangai Sama"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...