“Doakan Kandungan Saya..” – Shila Amzah Kongsi Berita Gembira, Kini Hamil Anak Sulung Bersama Ubai

Hiburan

“Doakan Kandungan Saya..” – Shila Amzah Kongsi Berita Gembira, Kini Hamil Anak Sulung Bersama Ubai

Penyanyi terkenal, Shila Amzah memaklumkan satu berita gembira buat peminatnya apabila dia kini sedang hamil, hasil perkongsian hidupnya bersama suami, Ubai.

Perkhabaran mengujakan itu telah dikongsikan Ubai dan Shila di laman TikTok dan Instagram untuk pengetahuan netizen dan peminat.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ubaidillah Zulkefli (@ubaimz)

Doakan kandungan saya..

Maklum pasangan ini lagi, mereka mempunyai sebab menghebahkan awal berita gembira itu kerana ingin merasai pengalaman itu dengan baik dan lancar.

Ada sebab kami baru beritahu sekarang. Kami nak kehamilan ini smooth. Doakan kandungan saya selamat dan dipermudahkan segala-galanya, sepanjang kehamilan ini.

Sekadar info, Ubai dan Shila bergelar suami isteri pada 5 Ogos tahun lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua Shila setelah dia bercerai dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022. Hasil perkongsian hidup bersama Haris, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Alif Satar
4 months ago

"Saya Tidak Peduli Langsung.." - Alif Satar Beri Respon Kritikan Sesetengah Pihak Berkenaan Gerakan Subuh Berjemaah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...