Doakan Kami Sehingga Ke Jinjang Pelamin – Apek

Hiburan

Doakan Kami Sehingga Ke Jinjang Pelamin – Apek

Selepas pengakuan daripada Leuniey tentang hubungannya dengan Khairul Fahmi (Apek) lebih daripada kawan biasa, hari ini Apek tampil menerusi Harian Metro mengesahkan percintaan mereka. Menurut Apek, tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan mengenai hubungan mereka berdua.

apek leuniey

Advertisement

Hubungan percintaan Apek sebelum ini pernah berkubur sebanyak 2 kali. Namun kali ini, Apek berharap agar orang ramai mendoakan agar hubungannya dengan Leuniey akan berakhir ke jinjang pelamin. Kata Apek:-

Kini, tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan, malah keluarga saya dan Leuniey mengetahui hubungan kami. Saya minta semua doakan(supaya hubungan berkekalan sehingga jinjang pelamin). Jika kami benar-benar bersedia untuk bertunang dan seterusnya berkahwin, kami akan maklumkan kepada semua. Kami tidak akan rahsiakan pertunangan dan perkahwinan kami.

Baguslah begitu. Semoga dengan pengesahan ini, tiada lagi cerita-cerita mengarut tentang Apek yang akan terpampang di dada akhbar. Sekaligus Apek dapat menumpukan perhatian untuk menjaga gawang gol Kelantan dan Malaysia. Semoga hidup dan kerjaya Apek akan terus berkembang maju selepas ini.

P.S: Senarai universiti dan kolej terbaik di Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...