Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Doakan Cik B Dan Kacak Segera Boleh Terajui Empayar ‘Business’ Saya..” – DS Vida

Vida, Cik B, Kacak

Usahawan kosmetik jutawan, Datuk Seri Vida menzahirkan harapan serta impiannya buat kedua-dua anak kesayangannya iaitu Cik B dan Kacak di Instagram beliau.

Advertisement

Luah Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman di akaun media sosialnya itu, dia mengharapkan agar anak-anaknya itu segera mampu menerajui empayar perniagaannya yang telah diusahakan oleh beliau sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, usahawan yang pernah tampil dengan lagu I Am Me itu turut menyifatkan Cik B serta Kacak merupakan anak yang hebat.

Advertisement

Tambahnya lagi, beliau turut mendoakan anak perempuan dan anak lelakinya itu sentiasa menjadi anak soleh serta solehah yang sentiasa berbakti kepada keluarga dan juga masyarakat.

Doakan @cik_havoc66 @kacak_._. segera boleh terajui empayar business saya. Anak-anak mama yang hebat.

Cik B dan Vida

Sekadar info, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin kini sudah berusia 16 tahun manakala Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin berusia 14 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    October 7, 2021 at 10:47 am

    doa je tak mencukupi doh, pergi hantar anak you sambung belajar. mascom ke mascot ke tak kisahlah janji sambung belajar. ni dok kat umah macam parasit buat apa. last2 take over menjahanamkan business je sebab nak main game 10k lol.

  2. tecit

    October 6, 2021 at 4:34 pm

    mmg hebat la stylist dgn photographer nye. kacak yg kekanak2an tu terus nampak matang. ataupun bakatnye tersimpan selama ni. cikb pon cayalahhhh. mmg next level nihhhh

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top