Usahawan kosmetik jutawan, Datuk Seri Vida menzahirkan harapan serta impiannya buat kedua-dua anak kesayangannya iaitu Cik B dan Kacak di Instagram beliau.
Luah Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman di akaun media sosialnya itu, dia mengharapkan agar anak-anaknya itu segera mampu menerajui empayar perniagaannya yang telah diusahakan oleh beliau sejak beberapa tahun lalu.
Dalam pada itu, usahawan yang pernah tampil dengan lagu I Am Me itu turut menyifatkan Cik B serta Kacak merupakan anak yang hebat.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, beliau turut mendoakan anak perempuan dan anak lelakinya itu sentiasa menjadi anak soleh serta solehah yang sentiasa berbakti kepada keluarga dan juga masyarakat.
Doakan @cik_havoc66 @kacak_._. segera boleh terajui empayar business saya. Anak-anak mama yang hebat.
Sekadar info, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin kini sudah berusia 16 tahun manakala Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin berusia 14 tahun.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.