“Doakan Anak Kami Sihat” – Suami Isteri Baru Tahu Sesama Pembawa Talasemia

Kehidupan

“Doakan Anak Kami Sihat” – Suami Isteri Baru Tahu Sesama Pembawa Talasemia

Baru-baru ini, video tentang Talasemia kerap tular di media sosial. Tidak ketinggalan, seorang pengguna turut berkongsi kisah dukanya yang di muat naik di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, pengguna yang dikenali sebagai Anis Nur Elyani berkata, ketika dia sedang mengandung, dia kerap mengalami Hb (hemoglobin) rendah.

Advertisement

Rupa-rupanya, doktor telah mengesahkan bahawa dia dan suami merupakan pembawa Talasemia.

baby

Sebelum kahwin, kami langsung tak pernah tahu kami berdua pembawa Talasemia.

Menurut Anis, sebagai seorang ibu yang sudah berkorban nyawa melahirkan anak, sudah pasti dia begitu risau memikirkan kesihatan anaknya dalam jangka masa panjang.

Doktor kata kena tunggu umur baby 6 bulan ke atas untuk tahu keadaan Talasemia.

@anselyni

Kami anggap ni sebagai ujian untuk kami. Doakan anak kami sihat? #talassemia #cintatalassemia

? bunyi asal – MSH Edits – Boss Mario

Anis memaklumkan anaknya itu berada dalam keadaan baik. Namun, masih belum mengetahui tentang perkembangan sebenar mengenai risiko mewarisi Talasemia.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi kata-kata semangat dan respon positif, malah mendoakan bayi berusia 3 bulan itu terus diberikan kesihatan yang baik.

“Semoga baby sentiasa sihat. Semua ni hanya kuasa tuhan. Saya dan husband pun pembawa Thalasemia. Semoga anak-anak sihat sahaja” tulis seorang pengguna TikTok.

penyakit Talasemia
3 years ago

Teman Lelaki Takut Nak Bagitahu, Gadis Sedih Pasangan Juga Pembawa Penyakit Talasemia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kisah Dunia

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...