“Doa Ibu Mengiringi Perjalanan Saya Hari Ini” – Zahnita Wilson Nekad Failkan Cerai

Hiburan

“Doa Ibu Mengiringi Perjalanan Saya Hari Ini” – Zahnita Wilson Nekad Failkan Cerai

Pelakon dan bekas model terkenal, Zahnita Wilson nekad untuk memfailkan cerai terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang hari ini.

Zahnita berkata, keputusan untuk bercerai itu dilakukan kerana dia tidak mampu lagi bertahan selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Advertisement

model zahnita wilson

Kekuatan saya untuk fail cerai hari ini ialah Allah SWT dan sokongan daripada ibu saya. Doa dia mengiringi perjalanan saya hari ini.

 

Emosi saya juga ketika ini tidak begitu stabil dengan semua ujian ini. Alhamdulillah Allah beri kekuatan itu.

Menurut Kosmo, dia juga bersyukur apabila dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa suaminya sudah ditahan semalam.

Lega dan syukur dia sudah ditahan sebab boleh bergerak tanpa risau apa-apa. Dia sudah tak boleh lakukan sebarang perkara lagi pada saya.

 

Sebelum ini saya takut nak ke mana-mana sebab risau diapa-apakan olehnya.

Bekas model itu sempat memberitahu kejadian dirinya dipukul oleh suami baru-baru ini bukan kerana disebabkan mahu keluar daripada kediamannya.

Saya tidak boleh memperincikan kejadian tersebut buat masa sekarang sebab masih dalam siasatan polis.

 

Cuma yang saya boleh katakan ialah dia melakukan keganasan tersebut kerana tidak tahan dengan soalan saya tentang sesuata perkara.

suami zahnita direman tiga hari
3 hours ago

Mahkamah Perintah Suami Zahnita Direman Selama Tiga Hari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...